in

Pelancaran Muka Depan Majalah EH! Edisi DIVA dan AMAL

Pelancaran Muka Depan EH! Edisi DIVA dan AMAL

Majlis pelancaran Muka Depan EH! Edisi DIVA dan AMAL telah berlangsung di Ruang Legar KLCC pada 19 Februari 2011 yang lalu. Turut hadir bersama adalah selebriti DIVA yang menghiasi muka hadapan Majalah EH! keluaran Mac, wakil PAPITA dan juga Pengarang Majalah tersebut, Puan Asiah Mion.

Event Eh!

Seperti yang kita ketahui, jumlah penghidap penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, diabetes, tekanan darah tinggi, jantung dan juga barah di negara ini meningkat kita-kira 10 peratus dan ianya berlaku pada kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Masalah ini turut menimpa para penggiat seni tanah air seperti penyanyi, pemuzik dan juga penggubah lagu. Kos rawatan yang tinggi menyebabkan sesetengah daripada mereka terpaksa melalui saat getir dalam hidup dan terus berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

EH! telah mengeluarkan isu istimewa untuk keluaran Mac bertemakan DIVA dan AMAL.

Kelebihan untuk keluaran ini, majalah EH! dengan alat solek DIOR telah bekerjasama dalam membuat kutipan amal, yang mana bagi setiap gincu DIOR Addict terbaru yang terjual, sebanyak RM2 akan disalurkan kepada PAPITA bagi membantu artis-artis yang memerlukan.

Tempoh kutipan ini akan berlangsung selama sebulan bermula daripada majalah ini berada di pasaran iaitu pada 1 Mac 2011 hinggalah 31 Mac 2011.

Event Eh!

Event Eh!

Event Eh!

Event Eh!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti di Majlis Lunch Bersama AMP Radio Networks

Ujibakat Mencari Peserta Sejuta Impian TV3