in ,

Pelancaran Klip Video Lagu Tema Filem ISYARAT CINTA

Pada jam 3 petang semalam telah berlangsung majlis sidang media pelancaran klip video lagu tema filem Isyarat Cinta iaitu TAK HARUS MEMILIKI di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.

Lagu yang dimaksudkan berjudul Tak Harus Memiliki yang dinyanyikan oleh Tomok ciptaan sepenuhnya Fazz Alberto atau GG (Sixth Sense) di mana lagu runut bunyi pastinya memainkan peranan penting dalam mempromosikan sesebuah filem.

ISYARAT CINTA

Menurut Tomok, menerusi lagu tema itu juga dapat membawa penonton ke pawagam kerana minat mereka terhadap sesebuah lagu itu.

“Saya sebelum ini ada dua kali merakamkan lagu OST untuk filem dan Alhamdulillah ia memberi impak kepada filem berkenaan. Ia promosi cukup baik untuk menarik minat penonton tambahan pula jika ia turut hadir dengan klip video.”

Dalam perkembangan sama, GG memberitahu, dia mencipta lagu berkenaan khas untuk filem Isyarat Cinta selepas penerbitnya, Datuk Rosyam Nor memberikan kepercayaan itu.

Jelas GG lagi, dia menonton terleboh dahulu filem berkenaan selain meneliti sinopsisnya sebelum hadir dengan lirik dan melodi.

“Dua tiga kali juga saya menonton filwm berkenaan untuk mendapatkan idea dan akhirnya tercetus juga ilham sehingga siapnya Tak Harus Memiliki,” katanya.

Isyarat Cinta merupakan filem arahan Bade Hj Azmi yang akan menemui penonton di pawagam pada 19 Mac 2015.

Pada 4 Mac 2015, tayangan amal perdana anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) akan diadakan di pawagam Cathay e-Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Tiket eksklusif menyaksikan tayangan amal perdana ini ialah dari RM100 yang antara lain bertujuan mengumpul dana membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Pantai Timur. Penonton yang turut serta dalam projek amal ini akan berpeluang menjadi orang pertama menonton filem ini selain dapat bersamah mesra dan menikmati makan malam bersama artis.

Isyarat Cinta menampilkan Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar yang mengisahkan percintaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Untuk tempahan tiket dan sebarang pertanyaan mengenai tayangan amal ini bolehlah menghubungi 017-2429699 (Bohari) dan 012-2578884 (Amie).

Tomok

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Best Siri Drama VIKINGS Musim Ke-3

Ainan Tasneem Dituduh Berlagak Diva?