in

Pelancaran Drama BIO-NIK Lakonan Kamal Adli

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung sidang media pelancaran drama bersiri TV pertama terbitan KRU STUDIOS yang berjudul BIO-NIK di Restoran Centro, Sookaa KL Sentral. Jangan lupa saksikan drama lakonan Kamal Adli, Intan Ladyana, Fizow Omar, Arif Mukhtar, Ayu Syuhada, Tam, Amanda Misbun, Nor Aliah Lee, Shaz Jazlee, Norliana Shamsudin dan ramai lagi ini dalam slot AKSI di TV3 mulai 18 Mei 2009, setiap Isnin jam 9 malam selama 26 minggu.

Menonton sedutan trailer drama ini, Budiey kira KRU telah melangkah setapak lagi dalam ruang drama Malaysia yang akan dimajukan lagi dengan CGI. Memang gempak habis!

3521863408 Bd18Bbf113 O | 4

Jumpa lagi dengan pengarah Selamat Pagi Cinta, Norliana Shamsudin yang turut berlakon jadi pengganas dalam Bio-Nik.

3521051589 5Be8F0Aa1D O | 5

Begitu juga dengan Kamal Adli, semalam je baru jumpa di KLCC masa Kamal peraga T-shirt Reka Tee. Mmm, Kamal, kata kena pakai kostum?

3521052019 D343035F24 O | 6

Adam mempersembahkan sebuah lagu yang menjadi lagu runut untuk drama ini, ROBOT.

3521864106 5Dc4D9D77F O | 7

Ada sedikit ucapan daripada orang kuat KRU STUDIOS, Norman yang begitu futuristik!

3521052511 6Fcbfec025 O | 8

Bergambar bersama pelakon, pengarah dan penerbit. Mereka begitu teruja dengan drama ini!

3521052647 5Fdc38B53B O | 9

Bekas kekasih Kevin Zahri ini masih mampu tersenyum. Mungkin kerana Kamal Adli ada bersamanya. Ops!

3521052749 4Ef98C9582 O | 10

Jangan lupa tonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADV: JOM CUBA TERAPI DI ASTERSPRING

MotoGP TV9