in ,

Pelancaran Album HAVOC Joe Flizzow Memang Havoc

Havoc havoc hav
Havoc havoc hav hav
Havoc havoc hav hav
Kan gua dah cakap gua

Budak Subang Jaya memang ada gaya
Macam hari-hari… hari raya
Cuma nak pergi Fifteen still so fresh so clean
Memang nampak ballin’ walaupun tengah miskin
Eh mestilah nak pimpin’ nak tackle awek Ampang
Pakai topi KL lagi senang diaorang pandang
Tak naik collar kita tak pakai beg sandang
Lu pakai seluar jeans? Gua pakai seluar mambang

[dropcap]B[/dropcap]egitulah permulaan lagu Havoc, sebuah lagu rap yang mana bagi Budiey, lagu ni sangat catchy, suka dengar berkali-kali pun tak pe, ada nilai ke-Malaysia-an walaupun disampaikan dalam gaya hip hop tersendiri daripada Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne . Yang penting, lagu ni sangat havoc persis tajuknya juga. Kalau tajuk je yang havoc tapi lagu tak meletop di stesen radio seantero Malaya, tak de la makna nak havoc sangat. Terbukti, lagu ni memang havoc dan ada kelas tersendiri, apabila album ini telah menduduki carta nombor 1 di iTunes Malaysia. Haaa, kaw mampo?

[pullquote align=”right”]Tengok pada gaya acara pelancaran juga memang havoc. Budiey pun terkejut kereta Hummer sape la yang ada tertera perkataan HAVOC tu, rupanya itulah kereta milik Joe Flizzoe sendiri. Ada dua buat kereta kat depan Lust KL.[/pullquote]

Selepas sidang media, Joe Flizzow telah menghiburkan peminatnya di showcase yang diadakan di lokasi yang sama. Peminat yang datang juga berpeluang untuk membeli album Havoc dan juga barangan merchandise yang havoc sekali. Sebelum sidang media pula, Joe Flizzow menampilkan rakan-rakannya Altimet dan SonaOne untuk perform lagu Apa Khabar dan Havoc.

Ternyata, single pertama dari album terbaru Joe Flizzow atau nama sebenarnya, Johan Ishak ini memang memberikan impak yang bukan sikit ya. Tapi Budiey kira lagu Havoc ni memberikan semangat baru kepada Joe Flizzow untuk bangkit semula mengekalkan nama beliau sebagai Bapa Rapper di Malaysia, eh?

Baru-baru ini, pada tanggal 7 November, hari Sabtu, pemilik lagu Havoc yang sangat Havoc ni telah berjaya melancarkan album yang makin menjadi trending pada masa kini ini di Lust KL, Jalan Nagasari, Kuala Lumpur. Sebelum bentuk fizikalnya dilancarkan, Joe Flizzow telah pun melancarkannya di iTunes di mana semua peminat beliau di seluruh dunia dapat membeli album ini secara digital. Havoc menampilkan kolaborasi terunggul antara Joe Flizzow bersama dua lagi rapper yang sangat berbakat besar iaitu Altimet dan SonaOne.

Album Havoc ini merupakan kesinambungan kepada album President yang dilancarkan pada tahun 2009 dengan menampilkan sebanyak 14 buah lagu dengan kerjasama Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin.

Bagi Joe Flizzow, album ini cukup special sebab bagi beliau ini adalah album solo dalam bahasa Melayu yang pertama dihasilkan. Nampak dan bunyi macam senang je nak buat album bahasa Melayu kan? Tapi apa yang menentukan kelainan ialah mutu dan juga bahasa yang digunakan selain lirik yang mendalam, ada makna dan juga irama yang tak membosankan.

“Saya percaya bahawa album ini bakal menawarkan sesuatu yang baru dan dinamik kepada hip-hop Malaysia daripada segi bunyi, bahasa dan gaya. Lebih-lebih lagi penggunaan bahasa yang saya gunakan adalah bahasa percakapan masyarakat zaman kini, dan ia akan menjadi lebih dekat dengan pendengar.”

Joe memberitahu, dia tak mahu dilabel artis urban sebab mahu karya yang dihasilkannya ini dapat dinikmati oleh semua golongan.

Dalam pada itu, Havoc turut menampilkan kolaborasinya dengan lagenda rock, Amy Search menerusi lagu takbir Cinta dan penyanyi Indonesia, Datuk Rossa (Katakan). Selain itu, antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Ucapan Terakhir Presiden, Iller-Iller, Havoc, Untukmu, Baek, Satu Kali, Lu Lari, Kongsi, Aku Tak Kenalmu, Apa Khabar, Air Mata dan Apa Benar.

Semasa sidang media, Joe Flizzow terkejut apabila mendapat respons daripada segelintir pihak mengatakan dia tidak tahu menyanyi rap dalam bahasa Melayu. Menurut Joe, kerana itu dia ingin membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan kini dia muncul dengan album terbaharu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc dengan menampilkan sebanyak 14 lagu.

“Pernah sekali saya ditanya oleh salah seorang peminat ‘adakah saya tidak boleh menyanyi rap dalam bahasa Melayu’? Dan ramai lagi bertanyakan soalan sama. Sudah tentunya boleh kerana saya berbangsa Melayu. Dan sebagai ingin membuktikannya, saya tampil dengan Havoc. Kawan saya juga ramai yang kata saya ni artis urban. Tapi kalau nak cakap pasal karya, saya tak mahu hanya sekelompok atau golongan tertentu sahaja yang mendengar lagu saya.”

Mungkin sebab teguran itu, membuatkan saya mahu menghasilkan album bahasa Melayu, bahasa ibunda saya sebab saya orang Melayu. Saya tak pernah malu atau segan untuk nyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu dan hasilnya, anda boleh dengar sendiri album Havoc ni.

Tambah Joe, dia berharap, menerusi album tersebut, dia dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai kebolehannya berbahasa Melayu. Joe juga percaya album ini akan memberikan sesuatu yang baru dalam perkembangan industri muzik hip hop dari segi mutu bunyi, penggunaan bahasa dan gaya penyampaian.

Joe Flizzoe juga kini sedang merangka plan promosi untuk bertemu peminatnya di seluruh negara. Tahniah Joe Flizzow atas pelancaran album ini. Semoga sukses Joe. You memang havoc.

#LiveUpdate : Gempak performance @flizzow @altimet_ utk #HAVOC di @theshoutawards @8tv Havoc ke tak?

Havoc turut memeriahkan Anugerah Shout Awards yang diadakan baru-baru ini.

@flizzow menjemput ramai artis hip hop utk menjayakan album rap pertama dalam Bahasa Melayu. Antaranya @sonaOne #havoc

#LiveUpdate di Pelancaran Album HAVOC @flizzow #havoc dihadiri ramai media

#LiveUpdate : Selepas perform 2 buah lagu, termasuk lagu Havoc @flizzow menjawab soalan dari media #album #launching

#havoc #joeflizzow #biskut #katakaw @flizzow

Jam 2 ptg jap lagi #Budiey akan ke Sidang Media Pelancaran Album Joe Flizzow berjudul HAVOC. Anda semua dijemput hadir. Ada goodies yg havoc juga disediakan utk yg dtg awal. Nak beli merchandise pun ada jual kat sana. Showcase bermula jam 5.30 ptg di Lust

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AirAsia Zest Mendarat di Kota Kinabalu Dari Cebu Filipina

Sinopsis Ammara Batrisyia Lakonan Erra Fazira & Umie Aida