in ,

Pelakon Yusni Jaafar Meninggal Dunia

blogBerita yang baru Budiey terima, pelakon dan pelawak veteran Yusni Jaafar telah meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi di Hospital Selayang dalam usianya 62 tahun.

Jenazahnya telah dibawa pulang ke rumahnya di Subang Jaya dan akan dikebumikan hari ini. Pada bulan Februari yang lalu, seniwati terkenal ini telah terlantar sakit tenat akibat mengalami kerosakan hati yang sangat kritikal.

Sebelum ini, banyak cerita yang kita dengar tentang penderitaan hidup arwah di mana dia dikatakan tidak dijaga oleh anak-anaknya. Kesian sungguh ibu kepada Raja Ema ini.

Sepanjang penglibatan ibu Yusni dalam bidang seni, beliau pernah dianugerahkan Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-8 pada tahun 1989. Selain nyanyian, arwah juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Antaranya, Filem Panglima Badol (1978), Sikit Punya Gila (1982), Gila-Gila Remaja (1986), Soalnya Siapa (2002) dan filem CUCI arahan pertama Hans Isaac adalah filem terakhir allahyarham.

Budiey dan seluruh pembaca Sensasi Selebriti ingin menghulurkan salam takziah kepada seluruh keluarga beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya jualah kita akan kembali. Amin.

[tags]yusni jaafar meninggal, pelakon veteran meninggal dunia, passed away, raja ema�filem yusni jaafar, profile yusni jaafar, subang jaya, hospital selayang, death, alam barzakh, video suara, seniwati terkenal[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawi | 16

Mawi Akui Cinta Ekin, Baginya Wanita Paling Istimewa

Gambar Selebriti di Anugerah Bintang Popular 2007