in , ,

Pelakon Veteran Abu Bakar Omar Telah Meninggal Dunia

Pelakon veteran Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.04 pagi di Kedah Medical Centre (KMC) Alor Setar, Kedah akibat masalah jantung.

Pelakon veteran popular, Abu Bakar Omar telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 9.04 pagi di Hospital Alor Setar, Kedah hari ini.

Berita sedih berkenaan dikongsi oleh anak allahyarham sendiri, Zainuddin Abu Bakar menerusi Facebook.

Berita duka tersebut dikongsikan anak Allahyarham, Mohd. Zainuddin Abu Bakar menerusi satu hantaran pagi ini.

“Dikemuliaan pagi Jumaat, 4 Ramadan bersamaan 16 April 2021 pukul 9.04 pagi, dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa ayahanda kami, Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke rahmatullah.

“Jenazah akan diuruskan di No. 7, Jalan Bukit Nyamuk, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang, Kedah dan solat jenazah dijangka selepas solat Jumaat,” tulisnya.

ABU BAKAR

Jenazah akan disolatkan sekali lagi di Masjid Al-Ghufran sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah selepas solat Asar.

“Mohon doakan ayahanda kami diampuni segala khilafnya dan ditempatkan bersama para Solohin.

“Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala salah silap almarhum ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini,” tulisnya.

Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah pada 25 April 1948, Abu Bakar pernah membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Fenomena, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun. 

What do you think?

68 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

WAVE Awards 2021 Dalam Norma Baharu Lanjut Tarikh Penyertaan Hingga 15 Jun 2021

“Kurang Ajar!” Ashraf Muslim Luah Rasa Kecewa Iklan Judi Hari Raya Persenda Agama Islam