in

Pelakon & Tunang Ditangkap Kes Dadah

Dadah: Aktor kena cekup

Seorang pelakon sebuah filem yang memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini, ditahan polis malam kelmarin, dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis metafetamin.

Pelakon berusia 30 tahun itu ditahan bersama tunangnya yang juga pelayan pelanggan (GRO) ketika menunggu bekalan dadah di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) di Ampang, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, saringan awal di ibu pejabat polis daerah itu mendapati kedua-dua mereka positif metafetamin.

“Ketika ditahan kira-kira jam 8 malam, kedua-dua mereka menunggu bekalan dadah, dipercayai daripada bekas kekasih wanita terbabit yang menetap di kawasan berhampiran. Pelakon itu mengaku mengambil dadah itu sejak sembilan bulan lalu,” katanya, semalam.

“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kerjaya seni artis ini bermula sebagai anggota sebuah kumpulan pemuzik, namun hanya tampil dengan satu album sebelum dibubarkan.

Selain watak utama beberapa drama, dia juga sering tampil sebagai pelakon pembantu di sebuah syarikat perfileman terkemuka. via Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fasha Sandha Sambut Party Halloween

Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25