in , ,

Pelakon Mira Filzah Kantoi Bakal Nikah Bulan Oktober Ini

Wah! Nampaknya berita tentang Mira Filzah nak bernikah dah tak boleh sembunyikan lagi. Dah kantoi pun dekat sosial media, Mira akan bernikah pada bulan Oktober ini.

Pelakon Mira Filzah dijangka bakal berkahwin pada Oktober ini dengan lelaki yang didakwa anak seorang timbalan menteri kabinet. Perkara itu menjadi tular selepas pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu muncul pada video siaran langsung di Instagram PU Azman baru-baru ini.

Menerusi siaran langsung itu, PU Azman memberi bayangan berkenaan ‘seseorang’ yang bakal berkahwin pada Oktober depan.

Mira Filzah

Tindakan spontan Mira yang juga pengacara Nona dengan memberi isyarat untuk merahsiakan perkara itu mencuri tumpuan peminat yang sedang menyaksikan video siaran langsung itu.

Difahamkan, ‘seseorang’ yang dimaksudkan PU Azman ditujukan kepada Mira.

Mira Filzah

Terdahulu, laporan sebuah portal mendedahkan Mira sudah dirisik oleh keluarga lelaki yang dikenali sebagai Wan Emir Astar dan bakal melangsungkan pertunangan pada September.

Bagaimanapun, tidak ada lagi sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Mira berkenaan perkara ini.

Mira Filzah

Sebelum ini Mira mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang lelaki bukan dalam kalangan selebriti.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muat Naik Gambar Grafik Masjid & Penularan Covid-19 Cetuskan Kemarahan Warganet

Legenda Muzik Country Joe Diffie Meninggal Dunia Akibat Covid-19