in

Pelakon Eja Menang Saman Ganti Rugi RM20,000

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Sivil hari ini memutuskan bahawa pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja, 37, mendapat RM20,000 berhubung saman ganti rugi yang dituntut olehnya terhadap syarikat tekstil Gulatis Exclusive Sdn Bhd atas dakwaan melanggar perjanjian.

Hakim Madihah Harullah juga memerintahkan Gulatis membayar faedah lapan peratus setahun dari tarikh penghakiman hari ini sehingga penyelesaian penuh serta kos kepada Eja.

Bagaimanapun, hakim menolak tuntutan Eja untuk mendapatkan ganti rugi terhadap kehilangan pendapatannya.

Eja telah menuntut ganti rugi sebanyak RM240,000 terhadap Gulatis ekoran syarikat itu menggunakan gambar tanpa kebenarannya bagi tujuan promosi pada papan-papan iklan, poster dan banner.

Dalam keterangan terdahulu, pelakon berusia 36 tahun itu menjelaskan dia hanya bersetuju untuk membenarkan gambarnya yang bersaiz kecil disiarkan pada borang peraduan Guess Who and Win sekitar tahun 2005.

Bagaimanapun gambarnya itu telah dibesarkan dan digunakan pada poster, banner dan brosur yang dipamerkan di jalan-jalan raya di Malaysia serta siaran televisyen tanpa persetujuan beliau.

Katanya tindakan syarikat itu yang telah meluaskan penggunaan gambarnya “sebesar bangunan Gulatis” telah menjejaskan periuk nasinya kerana agensi lain menganggap beliau sebagai duta Gulatis dan dengan itu tidak menawarkan beliau apa-apa kerja. [sumber]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nur Fazura and Marion Caunter Launch MyEG Xtra Time

Dayang Nurfaizah Nyanyi Lagu Kutemu Cahaya di WORLD AIDS DAY 2009