in

Pelakon Drama Muzikal Glee Cory Monteith Ditemui Mati

Ketika perjalanan pulang dari Bazar Seindah Ramadan di Johor Bahru semalam, Budiey diberitahu tentang satu berita yang menyedihkan, Pelakon Drama Glee Cory Monteith Meninggal Dunia setelah ditemui mati di Hotel Fairmont Pacific Rim. Oh my God! Macam tak percaya juga tapi Budiey tahu kes dia terlibat dengan dadah baru-baru ini. Mulanya Budiey ingat ke, ini satu berita palsu yang disebarkan di Twitter dan peminat pelakon yang bersuara lantang ini juga agak panik dengan berita yang disebarkan itu.

[dropcap]B[/dropcap]erita ini juga menjadikan ia hangat diperkatakan dan kini trending di laman sosial di mana para peminat telah mengucapkan salam takziah di laman Twitter selepas mendapat tahu pelakon drama muzikal Glee, Cory Monteith yang telah meninggal dunia. Omg, Budiey tengah bayangkan drama muzikal Glee tanpa kehadiran watak Finn Hudson nih. Rasanya, penulis skrip drama ini pasti akan merombak balik skrip untuk musim seterusnya. Budiey juga menjangkakan pihak penerbit akan buat satu episod tribute untuk watak Finn yang bakal dimatikan atau dihilangkan dalam drama Glee nanti. Omg, sedihnya…

Cory Monteith Meninggal Dunia Setelah Ditemui Mati

Akhirnya, polis Kanada telah mengeluarkan kenyataan rasmi Cory Monteith yang berusia 31 tahun ini dan melakonkan watak Finn Hudson secara sah telah ditemui mati di dalam bilik hotel penginapannya oleh pekerja hotel berkenaan. Timbalan Ketua Polis Vancouver, Doug Lepard, berkata setakat ini belum ada petunjuk kematian itu berpunca disebabkan pelakuan jenayah.

Menurut beberapa laporan media antarabangsa, Cory telah mendaftar masuk ke Hotel Fairmont Pacific Rim pada 6 Julai 2013 dan dijangka mendaftar keluar pada hari sabtu yang lepas.

Pastinya para peminat Glee dilanda kesedihan kerana tidak dapat melihat pelakon kesayangan mereka membintangi drama itu lagi selepas ini. Namun apa yang difahamkan, seluruh krew produksi telah pun selesai menjalani penggambaran Glee sehingga musim kelima.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mahu mendedahkan punca kematian pelakon itu namun bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya pada hari ini (Isnin). Lepard berkata, Monteith dipercayai keluar dengan beberapa individu sebelum kejadian dan mereka kini sudah diambil keterangan.

Untuk pengetahuan semua, Cory baru keluar daripada pusat pemulihan pada bulan April yang lepas kerana cuba menghilangkan ketagihan dadah yang dialaminya sejak zaman remaja lagi.

Kematian Cory bagaimanapun mendapat perhatian seluruh dunia terutama sekali rakan-rakan selebriti seperti Dot-Marie Jones, Zooey Deschanel dan Katy Perry. Mereka ternyata sedih dan melahirkan rasa simpati di laman Twitter.

Paling menyedihkan apabila Lea Michele yang juga pelakon utama Glee dikatakan tidak dapat menerima hakikat mengenai berita kematian teman lelakinya itu. Tambahan lagi mereka dikhabarkan akan berkahwin dalam masa dua minggu sahaja lagi.

Diharapkan tragedi ini dijadikan iktibar buat kita semua. Betullah orang kata, dadah itu membawa maut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zoey Rahman | 20

Gambar Zoey Rahman di Bazar Seindah Ramadan 2013

Adira Nafi Bertunang Dengan Shahrul Nasrun