in ,

Pelakon Drama Mior Ahmat Zaudi Meninggal Dunia

Al-Fatihah dan salam takziah buat seluruh keluarga pelakon Mior Ahmat Zaudi yang meninggal dunia hari ini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung.

Tanggal 1 Januari 2019 membawa khabar duka buat penggiat seni tempatan apabila pelakon era 1990-an, pelakon drama dan teater yang popular sekitar tahun 90-an Mior Ahmat Zaudi meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi Selasa gara-gara komplikasi pendarahan dalam otak.

Mior Ahmat Zaudi
MIOR AHMAT ZAUDI

Salam Takziah

Anak saudaranya, Mior Azizul memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas dimasukkan ke hospital itu sejak Jumaat lalu.

“Dukacita dimaklumkan Pak Ngah saya telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.40 pagi tadi.

“Mohon saudara-saudari sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah… Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin,”

– Facebook Mior Azizul

Terdahulu, Mior Azizul memaklumkan bapa saudaranya itu berada dalam keadaan kritikal akibat masalah jantung.

Menurut anak sulungnya, Mimi, arwah bapanya dimasukkan ke hospital pada malam Jumaat lepas selepas mengalami serangan jantung.

Sementara itu, jenazah akan dimandi dan disolatkan di Masjid Nurul Ihsan, Cheras sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana selepas solat Zohor.

“Namun, akibat kesan ubat yang diberikan doktor, arwah mengalami komplikasi pendarahan dalam otak. Disebabkan itu kami tidak boleh buat apa-apa sebab jika buat pembedahan sekali pun, risikonya sangat tinggi untuk berdepan dengan kematian.

“Akan tetapi, kami sekeluarga tidak sangka arwah ayah pergi juga dalam keadaan mengejut seperti ini. Kali terakhir saya berjumpanya kira-kira dua minggu lalu dan antara yang saya ingat dia ada sebut dia sangat sayangkan anak-anaknya,”

– Mimi, anak sulung Arwah Mior Ahmat Zaudi

Mior, 66, pernah popular menerusi drama bersiri slot Spektra di TV2 pada pertengahan 1990-an selain pernah membintangi filem Momok arahan M Jamil pada 2009.

Allahyarham antara pelakon drama yang popular sekitar tahun 90-an. Selain aktif berlakon teater, Mior juga pernah membintangi filem Momok pada tahun 2009. 


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Elfira Loy Nikah Hari Ini 1 Januari?

Tahniah! Hanez Suraya Hamil Tiga Bulan