in ,

Pelajar Temui Ajal Disebabkan Tekanan Kejar Deadline Tugasan di Universiti

Baru-baru ini, telah tular di media sosial tentang berita kematian seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah semester tiga dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri di rumah sewanya.

Pelajar perempuan berusia 22 tahun terbabit dilaporkan tidak sedarkan diri kira-kira jam 4 pagi di rumah sewanya dekat Merbok, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan.

Mangsa yang dikatakan mengalami tekanan, terjaga dari tidur pada jam 3 pagi dan sempat mengejutkan rakan serumahnya sambil mengalami sakit kepala.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian yang tular di media sosial, pelajar tersebut dikatakan meninggal dunia disebabkan pembuluh darah di kepala pecah. Ini kerana akibat dari tekanan berikutan perlu menjalani kuliah dalam talian, selain bebanan menyiapkan tugasan mengejar deadline tugasan universiti dan persiapan menghadapi peperiksaan akhir.

Beberapa perkongsian yang dibuat warganet turut memuat naik tangkapan skrin mesej yang memaklumkan mengenai punca kematian allahyarham.

Pelajar perempuan itu juga dikatakan dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum mengalami sakit kepala dan muntah disusuli sawan.

Sesampainya di hospital, pelajar tersebut disahkan mengalami pendarahan dalam otak memandangkan dia tidak cukup tidur dan stres yang melampau.

Dia yang menjalani rawatan di HSAH, bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.50 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman, berkata mangsa dimasukkan ke HSAH pada Khamis lalu, dan meninggal dunia semalam.

“Tiada laporan polis dibuat. Kami difahamkan universiti terbabit akan mengeluarkan kenyataan media setelah laporan penuh perubatan diperoleh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pelajaran penting, kesihatan mental juga penting

Sehubungan dengan itu, pelbagai komen diterima dan rata-rata berasa sedih mendengar

perkhabaran tersebut. Kebanyakkan yang meninggalkan komen juga adalah golongan pelajar yang memahami bagaimana ‘deritanya’ belajar secara atas talian dengan tugasan-tugasan universiti yang bertimbun sehingga terpaksa berjaya malam untuk menyelesaikannya.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan rasmi berkenaan punca kematian pelajar tersebut. Diharap segala kekeliruan berkenaan spekulasi yang berlegar di media sosial sejak pagi tadi dapat dihuraikan.

Salam takziah buat keluarga allahyarham.

Tiada Kemungkinan Pembuluh Darah Pecah Akibat Tekanan Pelajaran

Pakar perubatan berpendapat bahawa tekanan akibat pelajaran tidak akan mengakibatkan pembuluh darah di otak pecah sehingga boleh mengakibatkan kematian seseorang pelajar.

Perunding Kanan Neurologi di Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr. Raymond Azman Ali berkata, kemungkinan pembuluh darah pecah akibat tekanan atau stress adalah hampir tiada kerana dua perkara itu tidak berkaitan antara satu sama lain.

“Bagaimanapun, kejadian pembuluh darah pecah mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja disebabkan beberapa faktor kesihatan lain.

“Pendarahan di dalam otak mungkin terjadi jika seseorang itu mempunyai masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung iaitu apabila jantung melepaskan serpihan darah beku ke otak sehingga mengakibatkan kecederaan,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, kejadian pembuluh darah pecah juga mungkin boleh diakibatkan oleh aneurysm atau Berry Aneurysm iaitu benjolan pada saluran darah yang berpunca di kawasan dinding arteri yang lemah.

“Ada beberapa kes kematian melibatkan golongan muda yang apabila dibedah siasat mendapati kematian adalah diakibatkan oleh aneurysm yang tidak pernah diketahui oleh mereka atau ahli keluarga yang lain.

“Kejadian mungkin kebetulan dan jika hendak dikaitkan dengan tekanan akibat pelajaran saya rasa tiada kaitan namun kita kena tunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” ujarnya.

Terdahulu, seorang penuntut perempuan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) meninggal dunia dan menimbulkan persoalan berkaitan dengan tekanan akibat pembelajaran.

Mangsa berusia 22 tahun yang mengambil jurusan pengurusan perniagaan disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 2 petang semalam.

Mangsa sebelum itu dikatakan mengalami sakit kepala yang teruk dan muntah sebelum tidak sedarkan diri di rumah yang disewa bersama rakannya.

*Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Dikecam Teruk, Orang Pandang Seolah-Olah Jahatnya Saya,” – Vida

Terima Kecaman dari Netizen, Nia Ramadhani Tutup Ruangan Komen di Instagram