in ,

Pelajar Jual Barang2 Online Cari Modal Buka Francais J&T Sendiri di Usia 24 Tahun!

Pepatah Melayu “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” merupakan salah satu nasihat yang sangat berguna untuk memacu semangat bagi terus berusaha.

Hal ini kerana bukan mudah untuk mengejar sesuatu yang diimpikan namun perkara tersebut tidak mustahil boleh dicapai andai mempunyai usaha yang gigih.

Jadi, menerusi muat naik seorang pengguna Twitter dengan nama akaun iphonebylep, dia telah berkongsi kejayaannya membuka francais perkhidmatan kurier, J&T pada usia 24 tahun.

Menurut pemuda tersebut, dia berjuang hampir empat bulan menguruskan segala keperluan sebelum membuka perniagaan itu disamping bergelar pelajar yang perlu mengikuti kuliah secara atas talian pada masa ini.

Pelajar Jual Barang2 Online Cari Modal Buka Francais J&T Sendiri di Usia 24 Tahun!

Lebih membanggakan, kejayaan membuka francais khidmat kurier itu adalah atas usahanya sebelum ini yang bertungkus-lumus mencari duit dengan menjual pelbagai barangan secara atas talian.

Walaupun francais yang dibuka bukanlah untuk perkhidmatan penghantaran kerana lebih menjurus kepada tempat penurunan barang, namun ia tetap memerlukan sejumlah modal yang agar besar untuk membukanya.

Pemuda tersebut juga bersedia untuk berkongsi kepada semua bagaimana cara untuk membuka francais J&T pada masa akan datang kerana sekarang dia sedang sibuk dengan pembelajarannya.

Di akhir posting tersebut, iphonebylep meminta agar orang ramai dapat mendoakan kejayaannya dalam pembelajaran dan perniagaan kerana bergelar pelajar tahun akhir dalam bidang landscape architecture bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi ketika pandemik ini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang positif kepada pemuda itu dengan mengucapkan tahniah serta memberinya semangat agar terus berjaya.

Mereka juga berharap supaya pengguna Twitter tersebut diberi rezeki yang murah dan dipermudahkan segala urusan pada masa akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Projek CSR Fasa 3.0 Sumbangan Ikhlas NILAI KASIH – SELALU DI JIWA Bantu Mek Habshah

iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Takuk Lebih Nipis