in ,

Pejam Celik Hari Raya Dari Iman Troye, Lagu Sangat Catchy Melekat di Kepala

Popular dengan lagu Teman, anak muda bernama Iman Troye ini adalah pendatang baru dalam dunia hiburan. Bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, figura ini juga memiliki pakej lengkap yang membuatkan ramai meminatinya.

Lihat sahaja lagu Teman yang dinyanyikan Iman Troye ini mendapat sambutan hangat bukan sahaja golongan kanak-kanak dan remaja, malah yang dewasa juga. Walau bagaimanapun, sebelum ini Iman Troye berkongsikan teaser lagu raya yang akan dikeluarkannya.

Dalam perkongsian tersebut Iman bertanyakan tajuk sesuai bagi lagu tersebut kepada pengikutnya di laman itu. Terbaharu, Iman mendedahkan dia memilih tajuk ‘Pejam Celik Hari Raya’ buat lagu tersebut. Masih belum dikeluarkan sepenuhnya, Iman Troye mula membuat cabaran untuk lagu tersebut.

IMAN TROYE

Wow, macam boleh viral lagi je lagu Iman Troye kali ini! Lirik ringkas dan muzik yang cukup catchy boleh ‘melekat’ dalam kepala pendengar. Apa-apa pun perkongsian cabaran ‘Pejam Celik Hari Raya’ ini telah meraih lebih 99 ribu likes dan 470 ribu tontonan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Larney Persembahkan ‘Into The Light’ Sebagai Koleksi Raya 2021

Nampak Lebih ‘Berisi’, Peminat Syak Mira Filzah Hamil?