in ,

“Patutlaa Nyanyi Diksyen Bunyi Jelas,” – Giliran Siti Nurhaliza Sahut Cabaran 1 Bas, 2 Bas, 3 Bas

Sejak akhir-akhir ini pelbagai cabaran internet menjadi tumpuan ramai. Antara yang popular baru-baru ini adalah cabaran menyebut 1 bas, 2 bas sehinggalah ke sepuluh bas. Cara menyahut cabaran ini adalah dengan menyebut kiraan tersebut secara laju.

Ramai yang telah mencuba cabaran ini dan tumpas kerana tersasul. Bila disebut laju memang boleh menyebabkan tersasul. Namun kalau kena gayanya boleh lepas cabaran 1 bas, 2 bas ini.

Sama seperti penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut menyahut cabaran untuk menyebut kiraan nombor ini dengan laju. Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok milik penyanyi ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra dengan nama Tokti menyebut kiraan tersebut dan berjaya tanpa tersasul.

Berikut adalah Tokti sahut cabaran 1 bas, 2 bas yang dikongsikan di Tiktok miliknya baru-baru ini:

Tokti sahut cabaran 1 bas, 2 bas ini pun sedap ya suara beliau. Perkongsian video ini telah meraih lebih 44 ribu likes dan ribuan komen yang memuji penyanyi tersebut. Berikut adalah komen yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

Patutlaa Nyanyi Diksyen Bunyi Jelas
Patutlaa Nyanyi Diksyen Bunyi Jelas
Patutlaa Nyanyi Diksyen Bunyi Jelas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk Sahar 150X150 1 | 23

Kecoh Gerai Air Shuk Sahar Kena Terbalik, Sekali Netizan Perasan Benda Lain

Masa | 24

Empat Generasi Baru Bergabung Hasilkan Lagu MASA, Ajak Anak Muda Hargai Usia Muda