in

Pasangan Ceria Pagi Suria FM Kini Satu Tahun

Masuk Februari 2014, sudah pun setahun Adibah Noor menerajui program Ceria Pagi di SuriaFM bersama Halim Othman. Keserasian diantara mereka adalah salah satu tarikan yang terus memantapkan program Ceria. Celoteh mereka bukan sahaja menghiburkan, tapi juga menceriakan pagi pendengar.

Ceria Pagi 2

Menurut Adibah Noor, “Saya berasa gembira diberi peluang untuk mengendalikan Ceria Pagi dan amat berterima kasih kepada SuriaFM. Ini merupakan kali pertama saya bertugas sebagai penyampai radio dan juga kali pertama berganding dengan Halim. Pejam celik, sudah setahun.”

Halim Othman pula berkata, “Saya amat bangga dengan keserasian kami dan itu merupakan faktor yang menarik pendengar ke Ceria Pagi. Dalam tempoh setahun ini, Adibah telah pun mempelajari bagaimana untuk mengendalikan segmen berbeza di Ceria Pagi.”

Bagi Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, “SuriaFM ingin mengucapkan terima kasih kepada para pendengar yang terus menyokong Adibah Noor dan Halim Othman di Ceria Pagi. Kami pasti yang mereka akan terus menjanjikan yang terbaik buat para pendengar.”

Kami berasa amat rendah diri apabila Adibah Noor telah mencapai umur setahun di Suria FM dan sudi untuk menyambung kariernya disini. Apa yang saya lihat, chemistry antara Halim Othman dan Adibah Noor semakin hari semakin baik dan itulah yang membuatkan ramai pendengar mendengarkan kami”.

Ceria Pagi, yang ke udara Isnin hingga Jumaat dari jam 5 hingga 10 pagi, mempunyai jumlah pendengar sebanyak 1 juta pendengar setiap minggu. Antara segmen menarik di Ceria Pagi adalah Seribu Seminit, dimana pendengar boleh memenangi sebanyak seribu ringgit dengan menjawab sepuluh soalan dengan betul. Selain itu, pendengar juga dapat mempelajari perkataan baru dalam segmen, Perbendaharaan Kata. Dalam Tweet Pilihan, Adibah dan Halim akan membacakan tweet menarik dari laman sosial Twitter yang dihantar oleh pendengar.

Ceria Pagi 4

Ceria Pagi 5

Ceria Pagi 3

Ceria Pagi 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Adele Make You Feel My Love Lagu Cinta Paling Sempurna?

Sesi Uji Bakat Terakhir BMB Di Kuala Lumpur Meriah