in ,

Paris Hilton Akhirnya Menjadi Wanita Yang Bebas

Selepas 23 hari dalam penjara, Paris Hilton akhirnya dibebaskan. Masa dia nak keluar dari kawasan penjara tu, siap ada buat stail red-carpet Hollywood. Gila punya orang Hollywood ni kan?

Dalam hati peminat Paris mesti bersorak, “Yey! Paris Hilton is finally a free woman.” Selebriti popular yang menjadi pewaris Hotel Hilton itu telah dikeluarkan dari penjara jam 12.15 tengah malam (waktu Pacifik) Selasa 26 Julai 2007. Dia masuk penjara sebab bersalah dalam kes memandu dalam keadaan mabuk.

Khabarnya, berat Paris Hilton turun 10 pound hasil dari diet tak lalu makan. Mana nak selera makanan kat penjara tu. Hahaha! Padan muka dia! Penyanyi berusia 26 tahun itu tidak membuat sebarang kenyataan. Cuma dia senyum sebelum memeluk kedua ibu bapanya, Kathy dan Rick Hilton.

643144423 402D06Cf42 O | 4

Paris Hilton yang ditemani oleh penguamnya, Richard Hutton (yang pakai tie merah)

Paris Hilton

643139513 05D7698678 O | 5

Jejak kasih la kononnya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ezany Nizariff | 27

Betul Ke Pelakon Ezany Kecewa & Tak Puas Hati dengan Penganjur?

Zul Huzaimy | 28

Sekitar Acara Pra Tonton & Ulasan Filem CINTA YANG SATU