in , ,

Para Bintang Membarisi Youth With You Season 3, Mentor Tarian LISA Kembali

iQiyi, perkhidmatan penstriman terkemuka, hari ini mengumumkan senarai lengkap para mentor yang membarisi francais aneka ragam NextGen terbesar mereka, Youth With You Season 3. LISA, anggota kumpulan wanita antarabangsa BLACKPINK, kembali semula sebagai mentor tarian musim ini dengan barisan pelatih yang menarik, termasuklah jurulatih tarian dan koreografer Malaysia, Jun Liu.

Selepas penyertaannya dalam Youth With You Season 2, para peminat LISA di Weibo telah meningkat seramai 7.47 juta dengan kebanyakan jenama negara China mula menyedari tentang populariti LISA yang semakin meningkat. Walaupun Youth With You merupakan percubaan pertama LISA memasuki dunia hiburan China, beliau telah berjaya memenangi hati para penonton dengan sikapnya yang bertanggungjawab serta personalitinya yang menarik. Usaha sama antara LISA dan iQiyi yang berterusan boleh dikatakan berpunca daripada hasil yang cemerlang pada musim terdahulu. 

iQiyi dengan bangganya mengumumkan bahawa ahli muzik CHRIS LEE akan memainkan peranan sebagai pengarah penerbitan Youth dalam Youth With You S3. Chris telah menyertai Musim 2 yang lalu sebagai tetamu istimewa dalam episod pengenalan Youth With You S2 dan telah menyaksikan pembentukan THE9. Sebagai selebriti popular yang dipilih oleh penonton China, beliau juga merupakan salah seorang wakil idol China dan turut muncul pada muka depan Time Asia dan diliputi oleh BBC.

Youth with you3 poster

Mentor muzik Musim 3 ialah penyanyi dan penulis lagu terkemuka, Ronghao Li. Dalam Idol Producer dan Youth With You, beliau telah mendapat pujian daripada pelatih dan penonton atas kemahiran profesional dan kelucuannya. Will Pan akan menjadi mentor rap bagi Youth With You S3. Beliau merupakan seorang penyanyi yang berpengaruh dalam dunia muzik China dan amat diminati oleh orang muda yang lahir pada tahun 90an.

Siri Youth With You telah membantu para pelatih yang hebat untuk meningkat naik dan telah menyaksikan perkembangan mereka daripada pelatih menjadi artis. Artis terkenal Cai Xukun muncul buat pertama kalinya melalui program realiti Idol Producer yang menarik minat jutaan peminat. THE9, kumpulan wanita paling popular di China juga mula bertapak menerusi Youth With You S2. Anggota kumpulan  XIN Liu dan Esther Yu yang popular terus menawan hati para peminat mereka di Asia Tenggara dan seluruh rantau lain. 

Antara pelatih tahun ini termasuklah Jun Liu, jurulatih tarian dan koreografer Malaysia yang terkenal dari studio tarian terkemuka Korea, 1Million, dan dijangka menjadi antara daya tarikan utama rancangan ini. Penari berusia 21 tahun yang berasal dari Seremban ini telah mencapai kejayaan di negara China dan juga Korea. Portfolio beliau yang cemerlang termasuk menjadi penerbit tarian untuk persembahan “Lullaby” oleh GOT7, koreografi untuk lagu “My Boo” oleh Jackson Yip serta jurulatih tarian khas untuk pelatih lelaki dalam rancangan “We Are Young”.

Butiran asas tentang pelatih baharu telah pun disiarkan melalui media sosial. Antara pelatih yang telah pun menawan hati peminat sebelum persembahan bermula termasuklah Krystian Wang (anggota kumpulan antarabangsa Now United) dan Tony Yu, yang pernah menyertai rancangan pemilihan idol Korea. Para pelatih lain datangnya dari syarikat pengurusan artis yang terbesar di China seperti Yuehua Entertainment, BG Entertainment, STARMASTER.

Lisa - Dance Mentor - Youth With You 3

Versi ketiga Youth With You adalah berasaskan kejayaan musim kedua yng berjaya merentasi siaran domestik pada awal tahun ini. Sepanjang siaran musim kedua sepanjang dua bulan, video rasmi yang berkaitan Youth with You 2telah menarik jumlah tontonan sebanyak 300 juta melalui YouTube dengan 73 klip video mencapai lebih satu juta tontonan setiap satu.  Lebih 429 hashtag yang berkaitan telah menjadi trend melalui Twitter merentasi 15 buah negara di Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara. 

Berikutan daya tarikan global rancangan Youth With You, musim 3 buat pertama kalinya memperkenalkan ciri baharu di mana buat pertama kalinya para peminat dari seluruh dunia akan dapat memberi sokongan kepada peserta kegemaran mereka melalui iQ.com atau aplikasi iQiyi. 

Selain itu, Youth With You 3 akan turut disediakan secara percuma buat para penonton antarabangsa melalui laman web iQIYI International (iQ.com) dan juga melalui aplikasi. Rancangan ini juga menawarkan sari kata dalam bahasa: China Tradisional, China Ringkas, Inggeris, Thai, Bahasa Melayu, Sepanyol, Korea dan Arab.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Janna Nick Jawab Isu Drama DELEN Tiru Filem DILAN, Gesa Netizen Hentikan Budaya Toksik

Rasyad Mahu Cabar Diri Untuk Keluar dari Zon Selesa Menerusi Lagu ‘DEJAVU’