in

Paparan Unik ‘The Kampung Boy’ di Majalah 3

Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih di kenali sebagai ‘Lat’ adalah seorang kartunis yang tidak asing lagi di negara kita. Datuk Lat yang di lahirkan pada 5 Mac 1951 di Perak Darul Ridzuan memulakan kareer lukisan kartun seawal usia 9 tahun dengan sebuah komik berjudul ‘Tiga Sekawan’, mengisahkan keletah 3 orang kawan menumpaskan perompak bank.

Baru-baru ini, sebuah pelancaran ‘The Kampung Boy’ versi Jerman diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt, Jerman. Program Majalah 3 berkesempatan ke sana membuat liputan eksklusif mengenai pelancarannya.

Datuk Lat yang juga pernah memegang jawatan sebagai wartawan jenayah di New Straits Times sebelum bertugas sebagai kartunis tetap pada awal tahun 70an. Kini, setelah hampir  50 tahun berlalu, Datuk Lat terus mengukir nama sebagai seorang kartunis yang disegani di Malaysia dan antarabangsa.

‘The Kampung Boy’ yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1979 itu diterjemah kepada bahasa Jerman oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama syarikat penerbitan Jerman, Horlemann Verlag.

Buku yang telah diterjemahkan kepada sembilan bahasa itu mengisahkan kehidupan kanak-kanak melayu yang membesar di kampung. Selain menerapkan nilai kekeluargaan dan persahabatan, ia memperkenalkan cara hidup masyarakat Malaysia yang kaya dengan adat dan budaya.

“Ketika berkunjung ke Amerika Syarikat pada tahun 1977, tidak ramai orang Amerika tahu di mana Malaysia. Mereka beranggapan ia terletak di Alaska. Oleh kerana itu saya berazam untuk menghasilkan sebuah buku yang menceritakan kehidupan di negara kita. The Kampung Boy bukan sahaja mempunyai potensi untuk membuka minda dan mata orang asing mahupun rakyat kita sendiri untuk mengenali budaya dan cara hidup yang unik, malahan elemen komedi dan mesej positif mengenai tali keluargaan dan ikatan persahabatan amat sesuai dijadikan bahan rujukan. Ini juga merupakan salah satu inisiatif efektif untuk mempromosi Malaysia. Selain daripada mengenali lebih dekat negara kita, mungkin pelancong yang mengunjungi Malaysia akan membaca dan membawanya pulang ke negara mereka pula”, kata Dato Lat yang menerima anugerah khas daripada Persatuan Jerman-Malaysia minggu lalu.

Manakala, wartawan siaran Majalah 3 yang ditugaskan membuta liputan, Irin Putri Azmi berkata, “Dato’ Lat dianggap sebagai kartunis paling berjaya di Malaysia. Oleh itu, kesempatan yang diberikan untuk membuat liputan mengenainya tidak kami lepaskan kerana banyak yang boleh dipelajari daripada pengalamannya dalam bidang seni. Kami beruntung kerana mendapat kerjasama penuh daripada Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dalam menjayakan liputan ini, “ujarnya.

“Kami teruja kerana dapat turut serta dengan rombongan ITNM dan Dato Lat selama 10 hari di Jerman bagi pelancaran komik Kampung Boy edisi bahasa Jerman di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt. Ketika di sana, kami bertemu dengan ramai peminat beliau. Mereka bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Malaysia yang menetap di Jerman, malah orang-orang Jerman sendiri,” kata Irin lagi.

“Ternyata Kampung Boy sebuah cerita yang universal dan boleh diterima oleh masyarakat luar negara walaupun berlatarbelakangkan kisah-kisah di sebuah kampung di Malaysia. Kami harap penonton yang menyaksikan paparan Majalah 3 ini akan mendapat inspirasi dan berbangga dengan usaha yang dilakukan Dato Lat dalam memperkenalkan adat dan budaya kita kepada negara luar, ” katanya menutup perbualan.

Lebih menarik lagi, Majalah 3 turut berkunjung ke kampung Kota Baharu, Perak bersama Dato’ Lat bagi meninjau suasana kampung yang digambarkan dalam ‘The Kampung Boy’ serta bertemu dengan penduduk kampung berkenaan.

Saksikan laporan menarik ini telah disiarkan dalam Majalah 3, Sabtu, 1 November 2008 jam 9.00 malam semalam.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. saya memang minat dato`.DATO ingat, waktu anderson 100 tahun ,saya tiru lukisan Dato`dan Dato` ajak saya lukis dalam NSTP waktu DATO` lukis org tengah beratur panjang. Saya memang minat akan Dato`,dan saya minat pada lukis Dato`yg berasaskan zaman Dato` lat dan kehidupun DATO`.kenapa dato`berhenti buat KAMPUNG BOY yg sekarangnya tiada lagi di astro ceria ,cuma kadang -kala sahaja .teruskan menghasilkan lukisan atau cerita kampung boy yg baru .saya ingin mencadangkan Dato` membuat filem `KAMPUNG BOY THE MOVIE’ di pawagam.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ako Mustapha Kahwin Tunang Orang?

Cecila Yong Juara So You Think You Can Dance Musim Kedua Menderma