in ,

HAHAHA!HAHAHA! LoveLove OMG!OMG! CuteCute SEDIHSEDIH WinWin

Pantun Lawak Hari Raya & Pantun Aidilfitri Yang Popular

Pastinya hari raya anda lebih meriah dengan menghantar pantun lawak dan juga ucapan berupa pantun yang sempoi dengan jenaka bersahaja ini. Selamat hari raya Aidilfitri dari kami di Budiey.com!

Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri :

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia 

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah 

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

What do you think?

70 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. ni utk student2 utara yg dok hostel ok laa..mai nak habaq mai

    Bulan Ramadhan posa dulu sat
    Ghaya nanti makan banyak2 plak
    Lepaih ghaya mau sedey sat
    Dok pikiaq nak blk hostel plak 😀

  2. Tujuh sembilan kucing berlari,
    lari punya lari tak sampai lagi,
    bukan nak cakap apa,
    raya tinggal bape hari lagi.

    Selamat Hari Raya AidilFitri Kepada Semua Umat Islam.
    -Johor Bahru Instedt Bandar Penawar Jaafar10-

  3. waa~ comey lake pntun korang .. ambe x reti nk brpntun nih ..

    dr key el nok ke ganung ..

    naik kete supe sardin ..

    ingtkn nok g beraye dinung ..

    eleh .. just g mydin ..

  4. hebat kau org semua,ape2 pun terbaikkkk

    tahik ayam,tahik itik…
    mne nk same dgn tahik hidung kite..
    klu ada salah silap,mohon maaf dipinta

    SELAMAT HARI RAYE AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN… (^^,)

  5. jalan kaki smbil belari
    baju melayu baju tdo
    minta maaf klu ad salah silap kate
    kite org cume nk ucap

    selamat hari raye maaf zahir & batin jew……(^^,)

  6. bersaingnya samsung, apple dan bb,
    masing2 berebut nak milikinyer,
    skrang ziarah pakai fb,
    kuih raye kat rumah tak habis le jawabnyer.. (by syahrain)

    yang ade pantang makanan tuh,
    jangan seronok je makan di aidilfitri,
    mari bina persaudaraan yang utuh,
    agar islam teguh berdiri.. (by syahrain) (kalau terbalikkn 2 kerat ni pon boleh)

  7. Rosyam nor puasa sampai pengsan ,
    Pengsan sehari dirumah tauke,
    Harap raya tahun ni takde lah yg pisang,
    Moga aidilfitri kali ni semuanya okayy 😀

  8. Emma maembong orgnya cun cun,
    Datang sepuluh awal2 waa tolak,
    arr tuan2 dan puan2 tengok2 lh anak tu main mercun,
    Takot raya kali ni tak berjari pulak 😀

  9. Piala dunia sudah tiba… malam berjaga menonton bola… kini german menjadi juara… sedar tak sedar dh 15 hari puasa… bila raya hampir tiba… anak-anak seronok gembira… namun suami isteri bermasam muka… kerana kampung negeri berbeza… Selamat Hari Raya bagi yang Berpuasa(yg uzur dimaafkan)…

  10. wow pantun ko nakallah sangat
    dgr pantun ni ……………
    wei kalo nk panton tu gempaklah sikit
    barulah same dgn emma dan irah tadi
    maaf jikalau terkasar bahase
    kalau nak mirafilzah saye orgnyer

    selamat hari raya maaf luar dan dalam ;D

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ucapan Hari Raya dari Kumpulan SEPAH

Adidas Action 3 Roadshow Sungguh Happening