in

Panik Program Realiti TV Unik Pertama di Malaysia

Rancangan permainan TV realiti unik pertama Malaysia melibatkan selebriti dan dirakam pada waktu malam

[dropcap]B[/dropcap]ermula 2 Januari 2013, ntv7 akan memperkenalkan sebuah lagi rancangan berkonsep baru kepada penonton – PANIK – rancangan permainan TV realiti pertama Malaysia yang dirakamkan pada waktu malam di lokasi misteri di mana artis Malaysia terpilih bakal menjadi pesertanya.

Panik Ntv7

Panik yang akan bersiaran di ntv7 setiap hari Rabu jam 8.30 malam – 9.30 malam itu mengetengahkan cabaran ala Fear Factor, Total Blackout, Ghost Hunters serta rancangan paranormal ntv7 sendiri, Seekers, pastinya penuh kejutan dengan pelbagai cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental pesertanya.

[pullquote align=”right”]Panik adalah gabungan cabaran dari Fear Factor, Total Blackout, Ghost Hunters & Seekers[/pullquote]

Saluran Ceria Anda kebelakangan ini dilihat lebih banyak menghasilkan rancangan produksi tempatan sekali lagi menjanjikan kelainan dengan kehadiran PANIK yang penuh drama, tekanan, keseronokan apatah lagi pesertanya terdiri daripada golongan artis – Ezany Nizariff, Danny X Factor, Melia Aimelia, Ika Nabila, Marlon VIP, Anis Al Idrus, Jufry Rayyan William dan Shakilla Khoriri – yang bakal diletakkan di dalam pelbagai cabaran yang lain daripada yang lain yang telah disediakan untuk mereka.

Panik Ntv7

Merupakan sebuah lagi buah tangan daripada penerbit rancangan Seekers, kesemua cabaran di lakukan di lokasi yang dikaitkan dengan alam misteri serta lokasi yang bersesuaian yang telah dikenalpasti seperti Muzium Perang Pulau Pinang, Istana Kellie di Perak dan Bukit Cerakah, Shah Alam selain faktor keluasan tempat untuk melaksanakan cabaran tertentu.

Kelapan-lapan orang peserta artis ini akan dibahagikan kepada 2 pasukan dimana setiap pasukan disertai 2 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta wanita yang akan bersaing merebut wang tunai sebnayak RM 10,000 dalam 6 buah episod. “para artis dipilih berdasarkan personalit mereka tersendiri dan faktor kesihatan fizikal dan kekuatan mental mereka.

Ada yang mungkin nampak macho tapi siapa yang ahu mungkin juga mereka takutkan kegelapan atau fobia dengan ketinggian atau unsur-unsur misteri. Sebelum memilih lapan peserta ini, kami telah menyaring hampir 30 orang selebriti yang perlu menjalani proses temuduga di mana kru kami cuba mengorek apakah perkara terbesar yang mereka takutkan serta apakah kekuatan mereka. Maklumat sebegini amat penting untuk produksi kami merancang strategi dan cabaran yang bakal menguji kelemahan mereka,” kata penerbitnya, Aeizul Reeza Ismail.

“Saya mengaku bahawa saya amat memuji keberanian mereka untuk menyertai siri permainan reality walaupun menegetahui bahawa kelemahan dan ketakutan mereka bakal diuji. Satu cara untuk mengatasi perasaan tersebut adalah dengan mengambil risiko yang selama ini mereka cuba elakkan,” tambah Aeizul.

Setiap cabaran yang diberikan memerlukan para peserta artis untuk cuba berfikir sebaik mungkin, mempunyai strategi dan cuba untuk mengatasi perasaan takut mereka bagi memenagi cabaran yang tersedia di dalam masa terpantas.

Panik Ntv7

“Dalam salah satu cabaran, mereka terpaksa mengurung salah seorang ahli kumpulan mereka di dalam tangki di mana mereka memerlukan kod rahsia untuk melepaskan ahli mereka. Sementara cuba mendapatkan kod itu, tangki itu akan diisi dengan air dan pada tahap tertentu belut akan ditambah ke dalam tangki tersebut. Apa yang lebih mencabar adalah kesemua cabaran yang akan dihadapai nanti adalah pada waktu malam dan di dalam GELAP,” kata Aeizul.

“Semakin mereka panik, semakin sukar mereka menyelesaikan cabaran yang diberi. Apatah lagi ia hanya memburukkan lagi keadaan,” tambahnya lagi.

[dropcap]P[/dropcap]enggambaran yang dilakukan sekitar 11 malam sehingga pukul 4 pagi akan dirakam menggunakan video infra merah berkualiti tinggi untuk merakam suasana di dalam gelap.

“Penonton di rumah mungkin melihatnya terang kerana kami menggunakan video kamera infra merah, namun apa yang mereka tidak ketahui adalah penggambaran yang dilakukan sememangnya di kawasan yang keseluruhannya adalah di dalam gelap.”

“Pastinya kru kami juga mengalami kesukaran untuk merakam setiap aksi di dalam keaddan sebegini dan terpaksa menjaga peserta artis kami pada satu-satu masa. Syukur Alahamdulillah kerana hasil pengalaman kami di Seekers dahulu banyak membantu kami untuk mengawal keadaan,” tambahnya lagi.

Popular sebagai stesen yang banyak menyiarkan siri paranormal, ntv7 percaya bahawa PANIK akan berjaya menarik ramai rakyat Malaysia untuk menontonnya.

Andrea Chong, Pengurus, Kumpulan Pengurusan Jenama ntv7 ketika sidang media yang berlangsung di Sunway Lagoon berkata,

“Kami telah pun menyiarkan rancangan sepertiGhost Hunters, seekers dan Paranormal Zone dimana mendapat ratings yang baik daripada penonton setia kami. Kejayaan ini membuktikan mereka amat berminat dengan kelainan konsep yang boleh didapati di dalam rancangan seperti ini. Lihat sahaja bagaimana rancangan popular ntv7, Seekers yang telah bersiaran lebih daripada 7 musim dan mendapat perkembangan positif setiap tahun.”

“Apa yang lainnya PANIK berbanding rancangan lain seperti Fear Factor adalah rancangan ini bukan hanya benar-benar mengenai ketakutan sahaja. Rancangan ini juga akan bermain dengan emosi individu dengan variasi cabaran yang melibatkan gabungan unsur misteri, rintangan fzikal, kemahiran penyelesaian masalah dan bayak lagi. Peminat juga akan berpeluang melihat bagaimana artis kegemaran mereka memberi respon kepada setiap keadaan.”

“ntv7 amat teruja menghasilkan kandungan terbaru ini di mana rancangan ini akan menawarkan penonton detik PANIK di dalam setiap episod.”

Turut hadir dalam sidang media ini adalah Encik Kamarul Zamli Ramly, Pengurus Besar Produksi Hiburan, Studio Primeworks yang menyatakan keseronokannya menerbitkan siri rancangan permainan realiti PANIK yang pertama kalinya menggunakan konsep sedemikian.

“Pasukan produksi amat berbangga dengan penerbitan rancangan ini di mana kami percaya ianya telah melepasi jangkaan kami sendiri. Selain kejutan dan elemn panic yang diketengahkan, penonton juga bakal melihat pelbagai lagi perkara di luar dugaan mereka. Kami tidak sabar menantikan reaksi penonton apabila rancangan ini disiarkan Januari nanti,” katanya.

Rancangan itu pastinya tidak lengkap tanpa pengacara yang bakal menolak peserta artis ini untuk cuba melepasi batasan mereka. Terkenal dengan wataknya yang berkesan di dalam “KL Gangster”, Ridzuan Hashim akan tampil sebagai pengacara buat pertama kalinya di dalam siri permainan reality TV, PANIK.

Bagi memberi lebih lagi kesan dramatik, Ridzuan akan ditemani dua pengawal peribadinya di dalam rancangan ini bersama sebuah kereta hebat.

Sidang media yang berlangsung di Sunway Lagoon hari ini turut membawa tetamu yang hadir merasakan pengalaman panik di salah sebuah tempat tarikannya – Scream Park – di mana mereka terpaksa melalui perjalanan yang dipenuhi zombie, dan entiti misteri serta makhluk menakutkan. Tetamu kemudiannya dibawa ke restoran Lighthouse di taman tema tersebut untuk acara temubual bersama peserta selebriti yang menyertai PANIK.

Peraduan khas juga akan dianjurkan ntv7 serta menerusi stesen radio [highlight]Hot FM[/highlight] dan [highlight]Fly FM[/highlight] setiap minggu untuk peluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM7,000.

Peraduan itu memerlukan orang ramai untuk menonton rancangan itu pada setiap minggu yntuk mendapatkan kata kunci serta jawapan kepada soalan yang akan diberikan. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada www.ntv7.com.my, www.hotfm.com.my, atau www.flyfm.com.my.

Yang pasti setaip tugasan pastinya akan semakin mencabar di dalam setiap episod. Mampukah peserta artis anda bertahan dan ampuhkah mereka mengatasi perasaan takut dan kelemahan mereka yang terdalam? Pasukan manakah yang bakal bergelar juara? Nantikan PANIK, bersiaran bermula 2 Januari 2013, setiap malam Rabu, jam 8.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, atau ikuti prkembangan ntv7 di akaun Facebook dan Twitter.

Panik Ntv7

Panik Ntv7

Panik Ntv7

Panik Ntv7

Panik Ntv7

Panik Ntv7

Panik Ntv7

Panik Ntv7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefilem Komedi Siapa Tipu Siapa Lakonan Amy Mastura & Syed Aiman

Gambar Zizan Razak di Party EH! Yang Anggun 2012