in , ,

Panduan Mulakan Perniagaan Dari Rumah Dalam REZEKI DARI RUMAH

Rezeki Allah itu luas. Situasi semasa pendemik Covid-19 yang masih belum reda apatahlagi terbahahru bila kerajaan kembali mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibeberapa negeri. Perlu dilihat daripada sisi positif situasi ini kepada pihak yang terlibat melibatkan pengguna dan peniaga dalam memudah cara mendapatkan barang keperluan seharian.

Prihatin dengan situasi semasa ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program yang memberikan panduan kepada orang ramai yang ingin memulakan kerjaya atau perniagaan dari rumah.

Diberi tajuk “Rezeki Dari Rumah”, 13 episod program disiarkan bermula 19 Oktober ini, setiap Isnin, pukul 8.00 pagi menerusi saluran di TV Okey. Program ini mengetengahkan pelakon cantik tinggi lampai Saskia Dahuri sebagai hos.

Penonton pastinya teruja dengan perkongsian program yang menyingkap kejayaan peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah. Bermula dari kecil-kecilan hingga kini sebagai usahawan dikenali.

poster Rezeki dari Rumah

13 orang figura hebat yang menyerlah dengan sisi positif tidak mengenal putus asa diperkenalkan dalam program ini. Bermula dengan episod satu yang mengundang Nor Ain Homaidi, dan Encik Hasbul Ariff dari majalah Niaga Sdn Bhd.Majalah Niaga adalah portal keusahawanan dan perniagaan bahasa Melayu yang terkemuka di Malaysia yang menyediakan platform bagi usahawan mendapatkan tip dan pengetahuan perniagaan serta menyediakan perunding pembangunan perniagaan melalui seminar dan program mentor untuk para usahawan.

Seterusnya aspirasi dikongsikan bersama-sama pengusaha Kek Lapis Sarawak, Rose Nadeera dan Noraishah dari Times Bike Sdn Bhd, juga temu bual bersama-sama tetamu Khairul Anwar, pengasas Kaio Stodio Sdn Bhd melebarkan sayapnya ke serata Malaysia dan juga ke luar negara seperti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi. 

Sementara itu program ini turut mengundang Puan Pastilah Wahab, dan Puan Rosnizan Md Nawi-Pemilik Tudung Ilham Qaseh. Usahawan Rosnizan Md Nawi, yang dianggap mirip pelakon jelita Rozita Che Wan, memang bertuah rupanya dapat membantu melariskan perniagaan tudungnya.

Hos...Sasqia Dahuri

Ada juga perkongsian dengan Puan Mayriana Dato’ Razi’ie iaitu Pengasas Syarikat Rashwealth Group, Encik Azam Aziz dan En Hafiz Halim iaitu dari Syarikat Examedia Solution Sdn Bhd, Encik Yup Fadhill, dan Datuk Mohd Haniff Borhan merupakan usahawan.

Ikuti beberapa lagi temu bual bersama-sama Encik Adza Edie Izwan, En Rosdi Razali dari Syarikat Kemuncak Bina Teguh Sdn Bhd, Puan Arina Mohd Nor, dan Nik Amirah Syamimi iaitu dari Syamimi Beauty juga Puan Ratna, Munif & Malik dari Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Apple iPhone 12 Tidak Lagi Menawarkan ‘Charger’ & EarPods, Ini Sebabnya

Kerana BOOMBAYAH BLACKPINK Artis Korea Pertama Capai 3 MV dengan 1 Bilion Tontonan