in

Pakej Buffet Berbuka Puasa Ramadhan di Planet Hollywood

BUFFET RAMADHAN DI PLANET HOLLYWOOD !!
HANYA RM 33++ SEORANG

Hanya sekali dalam setahun Planet Hollywood meraikan suasana yang penuh dengan ciri-ciri tradisional. Kini, masa tersebut tiba kembali di mana Planet Hollywood menjemput anda semua meraikan waktu Berbuka Puasa anda bersama kami semua di sini. Sempena bulan Ramadhan yang suci ini, kami mempersembahkan anda Buffet Ramadhan, di mana menu yang di sediakan cukup istimewa untuk membuatkan waktu Berbuka Puasa anda lain dari kebiasaannya! 

2708855480 Ee31B5Ebf2 | 4

Di Planet Hollywood, kami menyediakan kepelbagaian hidangan tradisional masyarakat Melayu yang sudah pasti mampu membuatkan anda teringat suasana berbuka puasa di kampung halaman. Kepelbagaian yang kami tonjolkan di dalam menu kami sama ada tradisional mahupun internasional, sudah pasti membuat anda tidak menang tangan memilih.

Antara hidangan yang bakal kami sediakan untuk Buffet Ramadhan ini adalah seperti Ayam Percik, Kambing Panggang, Rendang Daging Pedas, Kari Masak Nyonya Asam, Ayam Masak Berempah, Ikan Sumbat Masak Sambal, Kupang Goreng Tauchu, Udang Masak Lemak Rebung, “BBQ Chicken”, “ Lamb Chops”, “ Beef Stroganoff”  dan banyak lagi pilihan tradisional dan internasional lain yang kami sediakan di Planet Hollywood sepanjang bulan Ramadhan ini. Tidak terkecuali juga, hidangan pembasuh mulut kami atau santapan manis yang di sediakan seperti Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau, Bubur Cha-Cha dan Bubur Pulut Hitam yang sudah pasti mampu mengubat kepenatan anda sesuadah berpuasa sepanjang hari.

Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama kami di Planet Hollywood sepanjang bulan Ramadhan ini. Kami menjanjikan anda satu pengalaman istimewa yang tidak dapat di lupakan di mana Planet Hollywood meraikan ‘suasana-kampung’ yang sebenarnya!

Buffet Ramadhan ini beharga RM 33++ seorang. Untuk keterangan lanjut atau tempahan, sila hubungi 03- 2144 6602.

2708036887 E9Bcf0041E | 5

2708854336 Bb61D3C0B4 | 6

[tags]buffet ramadhan, pakej berbuka puasa, buffet berbuka puasa, harga buffet, buffet hotel, bulan puasa, list hotel, buffet 2008, planet hollywood price, Ayam Percik, Kambing Panggang, Rendang Daging Pedas, Kari Masak Nyonya Asam, Ayam Masak Berempah, Ikan Sumbat Masak Sambal, Kupang Goreng Tauchu, Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau, Bubur Cha-Cha, Bubur Pulut Hitam, Udang Masak Lemak Rebung, BBQ Chicken, Lamb Chops, Beef Stroganoff[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Party Anniversary Lee Cooper ke 100

DUA TELEMOVIE KHAS MERDEKA DI HARI KEBANGSAAN KE-51