in , ,

Pakat ‘Lekaih Mai’ ke Karnival Jom Heboh Baba’s di Pulau Pinang

Hari Kari Malaysia BABA’S Menggandakan Kemeriahan Ulang Tahun KJH ke-20!

NAZIM OTHMAN

Orang utagha semua! Mai raikan ulang tahun ke-20 Karnival Jom Heboh yang direncahkan oleh BABA’S di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan! Pakat mai semua jangan dok lupa ajak adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran mai KJH BABA’S Pulau Pinang yang diadakan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Julai 2023 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) nanti. 

Lokasi kedua KJH kali ini sangat unik apabila dapat bekerjasama dengan BABA’S, produk rempah ratus terbesar di Malaysia. Kemeriahan berganda apabila BABA’S turut melancarkan Hari Kari Malaysia BABA’S 2023 di Karnival Jom Heboh BABA’S bersama warga kota Pulau Pinang! Sebagai tanda penghargaan kepada pengguna produk BABA’S yang telah beroperasi selama 46 tahun ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan khas buat pengunjung.

Pakat ‘Lekaih Mai’ ke Karnival Jom Heboh Baba’s di Pulau Pinang

Antaranya adalah pemberian produk keluaran BABA’S secara percuma, demo masakan kari, aktiviti permainan untuk mendapatkan hadiah-hadiah misteri BABA’S, aktiviti info halal bersama BABA’S dan buat pertama kalinya, pemberian pek nasi kari BABA’S secara percuma. Jadi, jangan lupa untuk singgah ke booth BABA’S untuk menikmati banyak lagi aktiviti yang akan menjamu para pengunjung Karnival Jom Heboh BABA’S bersempena dengan Hari Kari Malaysia BABA’S!

Selain kemeriahan Hari Kari Malaysia BABA’S, pengunjung juga berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti di booth Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Buletin FM, OH BULAN dan VOCKET. 

Berita baik buat peminat drama, mereka turut berpeluang untuk beramah mesra bersama selebriti kegemaran mereka di booth Studio Tonton Drama Sangat yang akan menampilkan barisan selebriti yang membintangi program-program popular di Tonton, TV3 dan TV9. Antara selebriti yang akan hadir adalah Nazim Othman (Akasia: Rajuk Karina), Nabila Razali (Seindah 7 Warna Pelangi), Mustaqim Bahadon & Aloy Paradoks (Tonton: Metro Crime Scenes), Mathni Razak (Tonton: Tumpat Berdarah), Fiza Thomas & Aishah Retno (Lestary: Gadis Muzikal), Da’i Hadhari (TV3: Tanyalah Ustaz), Farouk Hussain (Tonton: Pinang Durian), Jaafar Onn (Lestary: Cik PA Tuan Ash), Sofea Nursolehha, Bell Ngasri, Ieda Moin dan Fatin Hamimah.

Ada sesiapa yang berbakat dan tidak tahu di mana hendak mengekspresikan bakat mereka? Jom Lokal Jam adalah jawapannya! Serlahkan bakat seni anda (tarian, alat muzik dan nyanyian) menerusi program Jom Lokal Jam yang akan berlangsung pada hari Jumaat (28 Julai) bermula pada pukul 9.00 malam di pentas utama KJH. 

Selain itu, kepada peminat bola sepak negara jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dengan dengan pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 dan duta Penang FC iaitu Mohd Faiz Subri dalam aktiviti #JanjiBola di booth Studio Tonton Drama Sangat.

Pakat ‘Lekaih Mai’ ke Karnival Jom Heboh Baba’s di Pulau Pinang

Ingin memenangi hadiah menarik di KJH BABA’S kali ini? Jangan lepaskan peluang anda untuk sertai pertandingan bola sepak jalanan, pertandingan kostum kanak-kanak (28 Julai) dan juga pertandingan Boria (29 & 30 Julai). Pertandingan yang disediakan pada kali ini adalah istimewa sempena meraikan ulang tahun KJH yang ke-20 dan juga satu penghargaan kepada peminat setia yang sentiasa menyokong KJH.

Pengunjung cilik juga berpeluang untuk bergambar dan berinteraksi dengan maskot kesukaan mereka seperti Ejen Ali, Mina Mila dan Little Ammar. 

Untuk malam kedua dan ketiga (29 & 30 Julai), warga kota Penang akan dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh yang menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Aepul Roza, Budak Nakal Hujung Simpang, Bunga, Insomniacks, Killa Driz, Marsha Milan, Nabila Razali, Naqiu, Puteri Khareeza, Rahmad Mega, Sarah Suhairi, Siti Nordiana, Usop, Zamani dan Zynakal.

Jom semua warga Penang dan utara, jangan lupa pakat mai ke Karnival Jom Heboh BABA’S yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan bermula seawal pukul 9.00 pagi! 

Sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh, #KarnivalJomHebohBABAS dan #HariKariMalaysiaBABAS. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JUDIKA

Rockmantic Night Judika & The Gang di Axiata Arena, Bukit Jalil Pada 21 Oktober 

THE 1975

Peguam Tawar Khidmat Guaman Buat Artis Yang Terkesan Dengan The 1975