in , ,

“Pakai Otak Sikit, Baik Korang Berhenti Kerja Sajalah,” – Joe Flizzow

Semalam, tular di media sosial mengenai temubual di antara beberapa orang artis iaitu Fauzi Nawawi, Shuk Sahar yang menceritakan aksi rogol dalam lakonan filem Anak Halal bersama dengan pelakon Raja Farah.

Berikutan dengan itu, ramai netizen malah selebriti tempatan tampil meluahkan rasa tidak puas hati  dan menganggap perkara itu tidak sepatutnya disiarkan kepada umum.

Penyanyi rap terkemuka negara, Joe Flizzow turut terpanggil untuk memberi respon di mana dia menganggap golongan selebriti sepatutnya menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada masyarakat.

Kepada artis-artis atau TV host kat luar sana yang ingat isu rogol dan sexual harassment ni kelakar korang baik berhenti kerja lah. Pakai otak sikit korang ni, role model tidak sepatutnya promote isu bodoh macam ni.

– Joe Flizzow

Perkara tersebut dikongsikan Joe Flizzow menerusi Instagram Story miliknya.

Joe dalam pada itu berkata bahawa isu sensitif seperti itu tidak sepatutnya menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tambahnya lagi, artis yang menganggap perkara tersebut seperti suatu perkara main-main  boleh dilabel sebagai seorang yang tidak matang dan profesional sama sekali.

Saya malas nak expose kamu, tapi apa saya perlu katakan cukuplah..saya memang patut cakap fasal benda ni. Jadi saya nak cakap. Ini bukan budaya yang sepatutnya ada di Malaysia. Jangan rosakkan pemikiran.

– Joe Flizzow

Terdahulu, media sosial terutamanya laman Twitter kecoh apabila sebuah klip video pendek daripada aplikasi TikTok yang memaparkan aktor Fauzi Nawawi berkongsi pengalamannya membawakan watak sebagai perogol yang memerlukan dia beraksi bersama aktres Raja Farah.

Walau bagaimanapun, Fauzi kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan keluarga setelah dikritik hebat oleh netizen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Khas RTM Sempena Pembentangan Belanjawan 2022

Didakwa Guna Nama TMJ Tukar Wang Asing AS$5 Trilion, Dua Beranak Diburu