in ,

Pak Long Hafizal ‘Gian’ Buat Ulasan Sukan

Pendemik Covid 19 belum tentu bila bakal akan sampai ke noktahnya.Ia memaksa pelbagai acara sukan tempatan mahupun antarabangsa terpaksa ditangguhkan.

Bola sepak, tenis, motoGP, formula satu mahupun temasya sukan berprestij lain di dunia terpaksa dibatalkan termasuklah babitkan siaran langsung menerusi pelbagai saluran sukan segenap benua. Suasana suram dan muram arena sukan ini turut terkesan di hati personaliti Astro Arena Hafizal Hamad yang sentiasa menghiasi arena sukan negara dengan celoteh spontan serta ulasannya di kaca televisyen.

Katanya, itulah hakikat sebenar yang harus diterima dan ditelan buat masa ini oleh peminat dan warga sukan meskipun dia sendiri tidak dapat menyembunyikan rasa rindu untuk kembali bertugas.

Bola@Mamak bersiaran secara digital setiap Khamis jam 3.00ptg di Facebook Astro Arena

“Pastinya sukan bolasepak paling saya rindu untuk menganalisis kerana dikala permulaan saya dalam bidang pengacaraan, bolasepak adalah sukan pertama yang menjadi tugasan saya. Saya mula menjadi pengulas dan pengacara sukan sejak  tahun 2005 lagi , tapi kini hidup seperti ada yang tidak lengkap. 

“Kadang-kadang apabila mula terasa ‘gian’ saya mula merapu dan mengulas seorang diri tak kira di dalam bilik air atau ketika memandu seperti sedang menyaksikan perlawanan bolasepak sebenar,”

– Hafizal Hamad
Antara krew penerbitan Bola@Mamak

Walau bagaimanapun, rindu untuk mengacara dan mengulas sedikit terubat apabila diberi tugasan untuk mengendalikan rancangan Bola@Mamak dari rumah.

“Sesuatu yang tidak pernah terlintas difikiran untuk bertugas dari rumah namun ia satu pengalaman yang menyeronokan.

Segalanya harus dirancang dengan sendiri dan saya juga perlu mengikuti perkembangan bola sepak dengan penuh teliti agar segala topik menjadi bahan menarik untuk dibincangkan.

“Biarpun bola@mamak bersiaran secara dalam talian namun peminat yang mengikuti dan menonton hampir mencecah 120 ribu penonton pada satu episod.

Angka itu menunjukan bersiaran secara dalam talian juga mampu menarik peminat,”

– Hafizal Hamad

Hafizal yang lebih dikenali dengan panggilan Gaban oleh rakan-rakan turut berterima kasih dengan pasukan penerbitan diketuai Slamet Sazly Yakub disamping otai bola@mamak yang turut sama membantu seperti Izahar Atan, Datuk Richard Scully dan Asmawi Bakiri.  

“Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat bola@mamak yang sentiasa menjadi tunjang kekuatan rancangan ini sehingga mencatat 18 juta tontonan pada musim lalu.

Biarpun bersiaran secara dalam talian ketika ini saya berjanji akan sentiasa berusaha memberikan sajian terbaik buat anda semua,”

– Hafizal Hamad

Beliau juga turut mengharapkan wabak Covid 19 ini segera berakhir dan kemeriahan sukan kembali seperti sediakala.

“Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan temasya terbesar dunia, Olimpik Tokyo akan ditangguhkan ketahun hadapan termasuk juga Kejuaraan EURO serta acara sukan berprestij antarabangsa yang lain terhenti.

Dua senario ini menjelaskan betapa bahayanya pandemik ini hingga memaksa sukan dunia terpaksa akur. 

“Saya berharap semua orang untuk megikuti arahan di mana kesihatan menjadi keutamaan.

Buat masa ini amat bahaya untuk menyambung aktiviti sukan dalam masa terdekat, lebih baik untuk menunggu berbanding mangambil risiko,”

– Hafizal Hamad
Hafizal Hamad

BOLA@MAMAK

BERSIARAN SECARA LANGSUNG DI FACEBOOK ASTRO ARENA

SETIAP KHAMIS, 3.00PTG

Hafizal Hamad atau lebih dikenali dengan panggilan Gaban atau Paklong

INFO

NAMA: HAFIZAL HAMAD

UMUR: 41

TARIKH LAHIR: 5 JANUARI 1979

ASAL: KULIM, KEDAH

ANTARA LIPUTAN DAN ANUGERAH:

SUKAN OLIMPIK BEIJING 2008

SUKAN OLIMPIK RIO 2016

PIALA DUNIA AFRIKA SELATAN 2006

4 TEMASYA SUKAN ASIA

5 TEMASYA SUKAN SEA

ANUGERAH PENGULAS SUKAN TERBAIK SERI ANGKASA 2011

DARJAH PINGAT:

DARJAH AHLI MAHKOTA PAHANG OLEH ARMARHUM SULTAN HJ AHMAD SHAH 

PINGAT BINTANG KHIDMAT TERPUJI OLEH TYT YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rupanya Ini Sebenarnya Nabila Razali Terkucil Nyanyi Lagu PELUANG KEDUA

Senarai Program Menarik & Kempen Raya Astro Sepanjang Aidilfitri 2020