in , ,

Pak Cik Shell Kecewa Pemilik Van EV Singapura ‘Curi’ Elektrik Di Stesen Minyak

Belum selesai lagi isu kenderaan bernombor plat asing ‘mencuri’ minyak bersubsidi RON95 di stesen minyak negara ini, kini timbul pula isu kecurian elektrik di stesen pengecas kenderaan elektrik.

Tular sekeping gambar di mana sebuah van EV model BYD T3 meletakkan kenderaan di antara kedua-dua parkir pengecas pantas DC 180 kW Shell Recharge di Tangkak, Johor.

Pak Cik Shell Kecewa Pemilik Van Ev Singapura ‘Curi’ Elektrik

Pak Cik Shell Kecewa Lihat Pemilik Van EV Singapura ‘Curi’ Elektrik Di Stesen Pengecas Pantas

Menurut portal Paultan.org, Shell Recharge ialah satu perkhidmatan berbayar, di mana pengguna perlu menggunakan aplikasi ParkEasy untuk membuat pembayaran, lalu penghalang di tempat letak kereta akan diturunkan supaya pengguna boleh meletak kenderaan di pengecas DC untuk menggunakannya.

Pengecas DC itu sendiri tidak memerlukan sebarang pengesahan, oleh sebab itulah van BYD T3 dari Singapura itu dapat menggunakan pengecas tanpa perlu membayarnya.

Dalam satu hantaran Instagram milik Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Shell meluahkan rasa kurang senang setelah melihat tindakan rakyat dari negara dunia pertama itu menyalahgunakan fasiliti pengecasan tersebut.

Tambahnya lagi, beliau berharap agar lebih banyak syarikat-syarikat dapat melabur dalam pembangunan infrastruktur mobiliti masa hadapan terutamanya pengecas kenderaan elektrik di Thailand, Malaysia dan Singapura.

Pak Cik Shell Kecewa Pemilik Van Ev Singapura ‘Curi’ Elektrik

Ini kerana pada masa akan datang, Agensi Tenaga Antarabangsa menjangkakan sebanyak 145 juta buah kenderaan EV akan diguna pakai oleh orang ramai menjelang tahun 2030 nanti. Jadi dengan pembangunan infrastruktur pengecas DC yang lebih cekap dan efisien dapat menghalang kejadian seperti ini berlaku pada mana-mana tiga negara berjiranan ini.

Kadar yang pengguna perlu bayar ialah mengikut tempoh penggunaan — RM4 untuk yuran pengesahan, RM20 untuk setiap lima minit pengecasan untuk 25 minit pertama dan RM20 untuk setiap lima minit selepas itu — jumlah bayaran adalah berdasarkan berapa lama anda menempah tempat letak kereta dan tidak mengambil kira berapa banyak kWj yang anda gunakan daripada pengecas DC tersebut.

Tindakan warga Singapura itu bukan sahaja salah dari segi undang-undang, bahkan membuatkan syarikat-syarikat swasta berasa ragu-ragu untuk melabur dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV di negara ini.

Semoga pihak-pihak berkaitan dapat duduk semeja dan berbincang untuk mengatasi masalah ini daripada berulang lagi pada masa hadapan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Scha Awal 2020 | 15

Tahniah! Awal Ashaari & Scha Al Yahya Dilantik Menjadi Duta Lampin Molfix

Trending Viral Hiasan | 16

Tahanan Imigresen Lolos, 6 Maut Kemalangan, 229 Ditahan Semula