in ,

Painting Blanks Lancar Single Pertama Berjudul HURT

Kumpulan muzik tempatan Painting Blanks bakal menggegar dunia muzik dengan single pertama mereka, Hurt. Dengan korus yang mengasyikkan serta gabungan bunyi pop, alt-rock dan prog-rock, maka terhasilnya sebuah lagu yang ‘segar dan berlainan’ namun dari segi muzik dan lirik, lagu ini pasti memenuhi citarasa peminat genre pop-rock dengan stailnya yang agak ‘familiar’.

Painting Blanks

Walaupun lagu ini agak rancak, ia diresapi dengan kekecewaan, vokalis Jessica berkata,

“Ia hampir seperti yang anda tidak tahu ia sebenarnya lagu yang sedih, kerana ia tidak berbunyi lemah. Walaupun ada banyak kekecewaan dan kesedihan hati yang sedang berlaku namun kekuatan diri tetap ada di bawah segalanya. Itulah apa yang saya suka tentang lagu ini.”

“Kumpulan pop-rock yang lain daripada lain dari Kuala Lumpur” ini menampilkan bakat-bakat vokalis Jess dan Bryan, Wan (drum), Raswan (bass gitar), Aniq dan Aimeil (rhythm gitar) dan Anwar (lead gitar).

Painting Blanks ditubuhkan pada 2015 oleh Aimeil dan bermula sebagai kumpulan muzik hobi; tujuan mereka bermain untuk berseronok dan sebab minat muzik. Selepas beberapa perubahan dan rakan-rakannya meninggalkan (kumpulan) kerana komitmen lain, Aimeil akhirnya menjumpai ahli-ahli terkini yang dia tahu adalah sangat sempurna untuk Painting Blanks. Dengan latar belakang muzik yang berbeza, pelbagai idea untuk muzik baru mula membuah. Hasilnya, single pertama mereka, Haertbeat telah berjaya digubah dalam kira-kira 2 jam sahaja!

“…kumpulan kamu mengingatkan saya pada Bunkface” – Iman, Universal Music

“…kumpulan kamu digelar Painting Blanks tetapi aksi anda tidak menjemukan!” – Miss Fazura, Pelakon & Penyanyi

Lagu Hurt juga boleh didengari di YouTube: https://youtu.be/LMoNNYgncPE

Spotify serta rakan kongsi streaming utama yang lain.

Ikuti Painting Blanks di:
facebook.com/PaintingBlanksMY
Instagram: Painting_Blanks

Painting Blanks

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Clean Bandit Launch SYMPHONY featuring Zara Larsson

Seiring Sejalan ke Pulau Boracay Bersama Amaris, Maria Tunku Sabri & Sharifah Zarina