in

Osom Candawara Realiti Kanak-Kanak Terbaharu RTM

Osom : Candawara Realiti Kanak-Kanak Terbaharu RTM

Khas buat penonton cilik salurannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak mereka menyaksikan program Candawara Kanak-Kanak terbaharu terbitannya bertajuk OSOM yang bakal menemui penonton bermula 15 Oktober 2011, setiap hari Sabtu, jam 10.00 pagi di TV1. Menariknya kelainan yang cuba ditonjolkan program ini apabila mengetengahkan tema permainan yang memfokuskan kepada beberapa pekerjaan dan budaya kehidupan masyarakat di negara ini yang digarapkan kepada 3 tugasan utama dalam setiap episod yang diterbitkan. Para peserta OSOM perlu menjalani 3 ujian penting yang meliputi ujian fizikal, IQ dan penyelesaian masalah.

Seramai 18 orang peserta OSOM berjaya dipilih dikalangan kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun menerusi ujibakat yang telah diadakan oleh pihak penerbitan rancangan OSOM pada awal tahun ini.

Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan mereka berentap dalam pusingan kalah mati dari minggu pertama hingga minggu keenam dan bagi kumpulan yang berjaya akan meneruskan ke peringkat suku akhir, separuh akhir dari minggu ke tujuh hingga minggu ke 12. Juara OSOM akan ditentukan pada minggu ke 13. Pelbagai cabaran perlu dilalui oleh peserta OSOM antaranya bermain alat muzik tradisional, mereka fesyen, membina replika bangunan menggunakan bahan terbuang, sukan lasak dan banyak lagi.

Rancangan ini dikendalikan oleh 2 pengacara muda iaitu Sufian Bujang Pilih Kasih atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Chopie dan Nad Zainal, pelakon remaja yang meningkat popular dengan gelaran Kak Nad.

Selain itu, rancangan OSOM yang telah menjalani penggambaran di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka ini tambah ceria dengan kehadiran dan keletah 4 maskot utama yang comel bertindak selaku pengacau para peserta OSOM.

Pelbagai hadiah yang menarik disediakan untuk pemenang mingguan dan pemenangan Juara OSOM. Adik-adik jangan lupa nantikan OSOM dikaca televisyen anda. Selamat menonton dan berhibur dengan keletah para peserta OSOM, pengacara dan maskot-maskot sambil belajar tentang keadaan sekelililing anda.

Jie_0064

Jie_0541

Jie_0797

Jie_0843

Jie_1140

Jie_1189

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Farawahida di Pemenang Kuiz Kereta & Duit Raya Suria FM

Penyanyi Pelbagai Era dalam Program INILAH