in

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega

Tahniah Osbon! Osbon Juara Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000

SHAH ALAM: Selepas sembilan minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak Mega berjaya menjadi milik kumpulan Osbon apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat.

osbon

Kemenangan Osbon yang dianggotai oleh Mohd Yusof Abdul Hamid (Os) dan Sharizan Ahmad (Abon) itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala kumpulan tunggal daripada Indonesia, Saehu mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Boboi mendapat tempat kedua.
Bagaimanapun, kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat.

Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah.

Saehu mendapat tempat ketiga.
Juri tetap terdiri daripada Datuk Redzuawan Ismail (chef Wan), Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin Hassan. Sementara itu mengulas kemenangan mereka Osbon berkata, kemenangan ini adalah rezeki buat mereka berdua dan tidak pernah meletakkan harapan untuk menang.

Bagaimanapun mereka katanya, sentiasa bersedia dengan pelbagai konsep dan idea berbeza setiap kali tampil di pentas.

“Pihak juri sentiasa memberikan komen yang pedas tetapi membina atas sebab itu kita sentiasa perlu bersedia dengan idea dan konsep baru untuk memenangi hati mereka dan penonton,” ujar mereka.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 30 Oktober lalu. – via Mstar Online.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Premieres on HISTORY™ & HISTORY HD

Ash Gabba Gabba & Sherry Merlis Kahwin