in ,

Original Soundtrack Dunia Baru The Movie

Populariti drama siri ‘Dunia Baru’ yang kini telah memasuki musim ke-3 sudah diketahui umum dan oleh itu pihak Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) telah mengambil keputusan untuk membawa drama popular itu ke layar perak. Dengan kerjasama oleh pihak GBSB, pihak NSR telah diberi kepercayaan untuk menerbitkan album runut bunyi untuk filem ini.

Album yang diterbitkan sepenuhnya oleh NSR, sudah mula menjengah ke pasaran sejak 14 Januari yang lalu. Album ini mengandungi 12 buah lagu yang 6 daripadanya telah dipilih untuk menghiasi filem ini. Antara artis-artis yang terlibat ialah Flop Poppy, Dayang Nurfaizah & kumpulan baru di bawah label NSR, Duta. 

Duta telah diberi kepercayaan untuk mencipta lagu tema filem ini yang diberi judul ‘Dunia Baru’. Lagu yang dicipta sendiri oleh vokalis kumpulan Duta ini sudah mula memasuki corong-corong radio. 2 lagi lagu Duta iaitu, Milik Ku dan Cinta Antara Kita juga telah terpilih sebagai soundtrack filem ini. Lagu Cinta Antara Kita menampilkan versi duet bersama salah seorang pelakon Dunia Baru iaitu Baizura Kahar. Kedua-dua lagu tersebut juga dicipta oleh vokalis kumpulan ini, Juriel. Album kumpulan Duta yang berjudul ‘Dunia Baru’ juga sudah berada di pasaran sejak 10 Disember 2007.

Album ini juga menyelitkan lagu terbaru dari kumpulan Flop Poppy iaitu Stesen Terakhir. Stesen Terakhir kini mula mendapat perhatian pendengar-pendengar radio. Selain itu lagu Ya Kamu dari Flop Poppy juga terdapat dalam album ini. Lagu popular Dayang Nurfaizah dari album terbarunya, Dayang 20 07, iaitu Ingin Ku Miliki turut terdapat di dalam album ini tetapi ia adalah dalam versi salsa.

Di samping itu, pihak NSR telah memilih 6 lagu lagi untuk dijadikan lagu bonus dalam album. Lagu-lagu itu adalah Suatu hari dalam sejarah ( Bob Ku2 & Brudu ), Tinggalkan aku ( Naqiu ), Cakap Cakap Cakap ( Aboi ) , Siapa diriku disisimu ( Hetty Sarlene ) , Persoalan ( Premelodic ) dan Kenyataan ( Arjuna ).

Kesemua lagu-lagu dalam album ini juga boleh di muat turun dan dijadikan nada pemanggil.

Anda juga boleh berkunjung ke laman web filem ini iaitu www.duniabaruthemovie.com untuk mendengar sendiri lagu-lagu ini. Diharap album ost dunia baru the movie ini akan mendapat sambutan dari semua peminat drama bersiri ini.

2247138695 F2D2A8Fb70 | 4

Senarai Lagu Album Dunia Baru The Movie

Dunia Baru – Duta
Lagu : / Lirik : Juriel Duta
NSR Music Publishing Sdn Bhd

Milik Ku – Duta
Lagu : / Lirik : Juriel Duta
NSR Music Publishing Sdn Bhd

Cinta Antara Kita – Duta duet. Baizura Kahar
Lagu : / Lirik : Juriel Duta
NSR Music Publishing Sdn Bhd

Stesen Terakhir – Flop Poppy
Lagu / Lirik : Andy
NSR Music Publishing Sdn Bhd

Ya Kamu – Flop Poppy
Lagu : Andy / Lirik : Andy & Fathul
NSR Music Publishing Sdn Bhd

Ingin Ku Miliki (salsa mix) – Dayang Nurfaizah
Lagu : Audi Mok / Lirik : Nurfatimah
Re Play Music / Sony Music Publishing Sdn Bhd

Suatu Hari Dalam Sejarah – Bob Ku2 dipetik dari album Bob Ku2: Ini Baru Rock
Lagu : Bob Ku2 & CD / Lirik : Bob Ku2
NSR Music Publishing Sdn Bhd

Tinggalkan Aku – Naqiu dipetik dari album Naqiu: Hanya Aku
Lagu / Lirik : Naqiu
NSR Music Publishing Sdn Bhd

Cakap Cakap Cakap – Aboi dipetik dari album ABoi: Belum Cuba Belum Tahu
Lagu : OG / Lirik : OG & ABoi
NSR Music Publishing Sdn Bhd

Siapa Diriku Disisimu – Hetty Sarlene dipetik dari album The Best of Hetty Sarlene
Lagu / Lirik : Ajai
BMG Music Publishing Sdn Bhd

Persoalan – Premelodic
Lagu / Lirik : Rohaizat
NSR Music Publishing Sdn Bhd

Kenyataan – Arjuna
Lagu / Lirik : Kimi Arjuna
NSR Music Publishing Sdn Bhd

[tags]alamat nsr, emi company, Original Soundtrack Dunia Baru The Movie, edison chen, pati lemon tulen, keputusan pilihanraya, bila pilihanraya, tarikh, farish gay, lesbian, malaysia plu website, drama din atau dina, youtube funny, download, ubat resdung, klinik pakar kulit, mp3 download, aksi murai, murai.com, jomstar.com[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pelakon Drama KAMI Nas-T Pegang Anjing

Mila Bergaduh Dengan Candy Sebab Ebi?