in

Drama Bersiri Mandarin Ops SPRM di TV2

“Ops SPRM,” Drama Bersiri Mandarin Kerjasama di antara RTM dengan SPRM Mulai 15 Februari Ini Di TV2

“Ops SPRM,” drama bersiri kerjasama di antara RTM dengan SPRM yang diadakan untuk memberi informasi-informasi mengenali pencegahan rasuah serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keseriusan pihak SPRM membenteras gejala ini sehingga keakar umbi dan mengetahui akibatnya jika mengamalkan rasuah.

POSTER OPS SPRM

Kali ini mengisi slot Jade On 2 di TV2, mereka akan kembali dengan tiga musim berturut-turut sebanyak 39 episod mulai 15 Februari ini, setiap Isnin hingga Rabu, pukul 11.00 pagi.

barisan pegawai penyiasat

Kisah penyiasatan dan perisikan kes rasuah ini akan berkongsi dengan penonton menyelesaikan pelbagai lagi kes rasuah yang menampilkan pelakon utama Jacky Kam sebagai CK iaitu watak Pengarah Bahagian Siasatan dan Goh Wee Ping sebagai PPj You yang mengemudi watak Ketua Cawangan Swasta.

Ikuti kes pembunuhan telah berlaku. Mangsa, Lee Chi Qin adalah pengurus syarikat pembinaan Ho, dia memberi suapan wang kepada adik Wen Wen Shan, iaitu Wen Wen Qing, CEO syarikat pembinaan Wai Yip, supaya mendapatkan projek untuk bosnya. Dia berjaya mendapat banyak projek kerana mendapat maklumat tender daripada syarikat Wai Yip. Ketua Penyiasat SPRM Cheng Ken sedang berusaha untuk melumpuhkan perancangan pengubahan wang haram antarabangsa yang disyaki dilakukan oleh Syarikat Wap Yip. Siasatan bermula dari kes pembunuhan Lee Zhi Qin.

Dalam menjalankan siasatan, Xiao Min dan Ming Li berjumpa dengan bekas isteri Lee Zhi qin, Wu Mei Qi. Wu tidak faham mengapa SPRM campur tangan dalam kes rasuah Lee Zhi Qin, Xiao Min dan Ming Li telah membetulkan pemahamannya tentang penyelewengan komersial, akhirnya Wu mendedahkan perbuatan yang telah dilakukan oleh Lee Zhi Qin sebelum dia dibunuh.

Li Ming berusaha sungguh untuk menyiasat kes Ho Ming Hui kerana dia ingin mengetahui kebenaran kes dengan secepat mungkin. Jika Ho telah melakukan kesalahan, Li Ming berharap dapat membantu Ho berhenti melakukan kesalahan, inilah yang boleh dikatakan sebagai “membalas budi”. Ho Ming Hui adalah orang yang baik di mata orang ramai, Ho selalu menderma kepada rumah orang tua, dan suka membantu kawan-kawan. Ho mempunyai ramai kawan di Hong Kong dan Taiwan sebab dia pernah menuntut pelajaran di sana. Lim Wai adalah seorang peniaga Taiwan, di merancang untuk membuka kilang elektronik di Malaysia. Lim mengemukakan segala permohonan mengikut prosedur. Ho ingin membantu Lim dengan cara “pintu belakang” untuk mempercepatkan permohonan. Ketua Penyiasat SPRM, Cheng Ken telah mengetahui hubungan antara Lim Wai dan Ho Ming Hui, setelah mengumpul maklumat yang mencukupi, Cheng memanggil untuk berjumpa dengan Lim.

Sementara itu Lim Wai membantu SPRM dalam siasatan, Ho Ming Hui telah dipanggil untuk merekod keterangan. Ho mengatakan diri tidak bersalah, dia membantu orang dengan hati yang suci. Li Ming telah menjelaskan sejarah tersebut kepada Ho Ming Hui dan meminta Ho memberi kerjasama kepada SPRM supaya hukumannya dapat diringankan. Ho bersetuju untuk berbuat demikian. Ho telah disiasat oleh SPRM, Wen Wen Qing bimbang diri akan terlibat juga, dia meminta pertolongan dari abangnya, Wen Wen Shan. Wen tidak membantu adiknya. Sebenarnya, Wen Wen Shan adalah penjenayah rasuah, dia menggunakan nama baik diri dan keluarganya untuk melakukan pengubahan wang haram.

Tan Sri Bai-Mang ditahan oleh SPRM apabila ingin melarikan diri. Lim Wan Zhen merasa sedih hati adapbila mengetahui bahawa Suami dan Tan Sri Bai-Mang ditahan SPRM, dia berpendapat bahawa dirinya bersalah.

Wen Wen Qing dihukum penjara 10 tahun, Zhang Lina telah meningal dunia, Wen Jia Qian rasa bersyukur apabila tahu ibunya telah sedar diri, tetapi ayahnya Datuk Wen Wen Shan hanya boleh menebus dosa dalam penjara. Keluarga Wen berpecah belah. Wen Jia Qian tahu bahawa bukan sesiapa yang menyebabkan ia berlaku, tetapi ia adalah akibat “rasuah”.

Kenji Sawahi turut berlakon

aksi Kelvin Lau dalam Ops SPRM

babak mencemaskan dalam Ops SPRM

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia & AirAsia X Tawar Potongan Harga Tambang 20%

Filem OLABOLA Raih RM8 Juta Dalam Tempoh 13 Hari