in , ,

Oppo Reno5 Bakal Berada di Pasaran Malaysia Pada Januari 2021 Ini

Oppo Malaysia kini mengesahkan kepada media, mengatakan Oppo Reno5 bakal ke pasaran Malaysia pada Januari 2021 kelak.

Oppo Reno5 sebelum ini telah diperkenalkan di China pada awal Disember lepas. Ia hadir dengan skrin 6.43-inci OLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 765G, serta sokongan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Oppo Reno5 Bakal Berada di Pasaran Malaysia Pada Januari 2021 Ini

Ia turut menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, dan pihak Oppo turut menekankan ciri rakaman gambar ketika waktu malam melaluinya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh pelancaran dan harga jualan Oppo Reno5 ini di Malaysia tidak lama lagi.

Reno arrives in Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didakwa Jadi Anak Emas TV3, Ini Komen dari Hael Husaini

Tun Musa Hitam Teruja Keupayaan Johor Membina Velodrom Berkelas Dunia