Satu Panggilan Besar Untuk Semua Fotografer Mobile Yang Mahu Menyinar Dengan Kreativiti Dan Cerita Hebat
OPPO baru sahaja mengumumkan pelancaran rasmi OPPO Photography Awards 2025, satu pertandingan fotografi tahunan yang kini semakin gah di pentas antarabangsa. Kalau sebelum ini lebih sejuta penyertaan dari 81 negara diterima, kali ini OPPO nampaknya tidak main-main – hadiah lebih besar, kategori lebih pelbagai, dan semangat lebih membara untuk meraikan kreativiti dari setiap sudut dunia.
Menurut Pete Lau, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Produk OPPO, “Di OPPO, fokus kami sentiasa untuk mencipta pengalaman berasaskan manusia dengan memberi kedalaman emosi pada teknologi canggih.” Dengan pengenalan jenama teknologi pengimejan baru, LUMO, dan slogan baru ‘Make Your Moment’, OPPO betul-betul mahu melihat pengguna mereka menyerlahkan momen super dengan telefon pintar mereka.
Tema “Super Every Moment”: Keindahan Dalam Detik Harian
Dengan tema “Super Every Moment”, pertandingan tahun ini benar-benar mengangkat keindahan kehidupan seharian. Ada lapan kategori menarik untuk diteroka: Snapshot, Youth, Live Photo, Connection, Portrait, Vibe, Photo Series, dan Environment. Setiap satu kategori ini menekankan bahawa fotografi bukan hanya soal teknologi, tetapi tentang cerita yang autentik dan menyentuh hati.
Bayangkan, dengan teknologi pengimejan OPPO, momen seperti senyuman spontan, suasana senja di kampung, atau gelagat anak kecil pun boleh bertukar jadi karya seni yang memukau. Inilah yang OPPO ingin capai – mengubah yang biasa jadi luar biasa.
Hadiah Lebih Besar, Peluang Menang Lebih Banyak
Tahun ini, OPPO tidak kedekut dalam memberi penghargaan. Selain anugerah Gold, Silver, dan Bronze yang ikonik, pertandingan ini juga memperkenalkan Jury’s Choice, Audience’s Choice, Regional Awards dan pengiktirafan khas untuk peserta muda. Bukan calang-calang juri yang akan menilai karya – antaranya Alec Soth dari Magnum Photos, Tang Hui (Hasselblad Masters), Tina Signesdottir Hult, Wang Jianjun, Trunk Xu, dan tak lupa juga Pete Lausendiri.
Ini bukan sekadar pertandingan; ini adalah pentas global untuk menonjolkan bakat dari setiap penjuru dunia. Jadi, kalau rasa ada mata tajam menangkap cerita, inilah masanya untuk beraksi.
LUMO: Jiwa Di Sebalik Teknologi Hebat
Di sebalik segala kecanggihan ini, OPPO sedar satu perkara penting – emosi. Dengan sistem pengimejan LUMO, OPPO menggabungkan perkakasan dan fotografi komputasi untuk menghasilkan gambar dengan tona kaya, cahaya yang penuh nuansa, dan bokeh sinematik. Ringkasnya, ia bukan hanya soal bagaimana momen kelihatan, tapi juga bagaimana ia dirasai. Teknologi inilah yang bakal membantu anda menghidupkan potret yang bukan sahaja mempesona mata, tapi juga menusuk ke hati.
Penyertaan Kini Dibuka Hingga 20 November 2025
OPPO menyeru semua peminat fotografi mobile untuk segera menghantar karya mereka sebelum 24:00 UTC+8 pada 20 November 2025. Semua penyertaan boleh dihantar melalui laman rasmi OPPO LUMO IMAGE. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://lumo.oppo.com/en/.
Apa Kata Budiey?
Budiey rasa ini peluang yang tak patut dilepaskan, terutama untuk anak muda yang selalu ambil gambar OOTD, kopi pagi, atau langit senja. Daripada sekadar simpan dalam galeri, kenapa tak tunjuk pada dunia? Budiey cadangkan pembaca mula gali inspirasi sekarang – latih mata untuk melihat cerita di sekeliling, sebab siapa tahu, gambar dari telefon anda boleh jadi karya yang dikenang seluruh dunia. Jangan takut mencuba, jangan risau kalah, sebab dalam proses berkarya itulah kita sebenarnya menang. Selamat berkarya, geng!