in , ,

Ong Seong Wu Tak Sabar Nak Beri Kejutan Buat Peminat

Pelakon dan penyanyi Ong Seong Wu dari Korea Selatan teruja kembali bersatu dengan peminatnya di Malaysia sempena sesi bertemu peminat jam 6 petang esok yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seong Wu, 23, berkata dia juga tidak sabar untuk memberikan kejutan yang disediakannya pada acara Ong Seong Wu First Fan Meeting in Malaysia itu.

Kali terakhir Seong Wu bertandang ke Malaysia adalah pada tahun lalu sewaktu masih menganggotai WANNA ONE. bagaimanapun kumpulan itu kemudian dibubarkan Disember tahun lalu.

Ong Seong Wu Post Fan Meeting

“Saya sangat gembira akhirnya dapat dipersatukan semula dengan peminat di sini selepas lama tidak bertandang.

“Disebabkan ini kali pertama saya hadir secara solo, kerisauan utama adalah tidak lain jika tidak mampu menghiburkan peminat. Saya benar-benar berharap dapat penuhi harapan mereka.

“Saya juga akan tampil dengan kejutan khas yang sudah disediakan buat peminat di sini. Tapi nantikan dan jangan lupa ketahuinya di acara itu nanti,”

– Ong Seong Wu

Dia tidak menunggu lama untuk memacu kerjaya solo selepas itu. Seong Wu memilih menjadi pelakon dan disenaraikan sebagai watak utama drama 18 Moments.

Dalam acara dianjurkan agensi hiburan berpusat di Bangkok iaitu Hatchery itu, dia akan meluangkan masa bersama peminat bercerita perkembangan terbarunya serta menghiburkan mereka.

Seramai 5,000 peminat dijangka hadir dan terdahulu penjualan tiket acara berkenaan habis terjual.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Cuba Stamina & Ketahanan Anda di PASKAL CHALLENGE Anjuran Netflix

Amyra Rosli | 23

Jom Jumpa Ben Ladin & Amyra Rosli di Pelancaran POPSICAL Malaysia