in

Oh My English

ASTRO MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA MEMPERBAIKI PERTUTURAN BAHASA INGGERIS
Perbaiki pertuturan Bahasa Inggeris anda dengan Oh My English!

Astro dengan sokongan Kementerian Pelajaran telah melancarkan inisiatif pembelajaran baru melalui rancangan Oh My English, yang bertujuan memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia.

Inisiatif baru ini adalah sebahagian daripada komitmen kami dalam menyajikan pelanggan dengan rancangan-rancangan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga turut mendidik dan memperkayakan kehidupan mereka dengan infomasi berguna. Sebagai sebuah syarikat media yang terunggul di Malaysia, Astro sedar akan peranannya dalam menyediakan peluang-peluang baru dan inovatif untuk menggalakkan pembelajaran berterusan sepanjang hayat di kalangan masyarakat.

oh My english

Pelancaran Oh My English ini menandakan bahawa Astro terus menyokong usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada tahun 2009, Astro telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk membawakan rancangan pembelajaran bertaraf antarabangsa kepada sekolah-sekolah di seluruh tanahair melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), iaitu Kampus Astro. Projek ini telah melengkapkan 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan set televisyen skrin rata, dekoder Astro, berserta 17 buah saluran-saluran pendidikan dan informasi termasuk saluran History, Discovery, National Geographic, Astro Tutor TV, Astro TVIQ dan lain-lain lagi.

Pada dunia hari ini, menguasai lebih daripada satu bahasa merupakan suatu kelebihan, dan Astro berharap agar inisiatif seperti Oh My English akan memenuhi dasar Kementerian Pelajaran iaitu ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)’, yang menyasarkan untuk memupuk kecemerlangan dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Oh My English! merupakan sebuah komedi pendidikan yang berhasrat untuk menghiburkan para penonton dan pada masa yang sama mengajar pertuturan Bahasa Inggeris dengan betul. Oh My English! disiarkan pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)!

Bertempat di sebuah sekolah (rekaan fiksyen) bernama SMK Ayer Dalam, Oh My English! mengikuti kisah pelajar-pelajar daripada Kelas 3 Merah yang terkenal dengan kenakalan mereka serta rekod pencapaian akademik yang kurang memuaskan. Dan apakah subjek mereka yang paling teruk?

Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah Bahasa Inggeris. Namun, ketibaan seorang guru baru daripada United Kingdom bernama Henry Middleton (lakonan Zain Saidin) di sekolah itu, bakal mengubah segalanya kerana beliau bakal berhadapan dengan cabaran mengajar kumpulan pelajar yang bermasalah ini.

Menerusi 20 episod yang mengujakan, Oh My English! menampilkan barisan pelakon berpengalaman dan baru. Antaranya termasuk pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor yang membawa watak sebagai pengetua. Tidak ketinggalan pelakon-pelakon komedi dan peserta Raja Lawak Mega Mr. Os dan Harun Salim Bachik. Zain Saidin pula membawa watak Henry Middleton, guru Bahasa Inggeris baru yang merupakan rakyat Malaysia yang dibesarkan di Britain.

Di samping itu, Oh My English! juga menonjolkan bintang–bintang muda berbakat seperti Izara Aishah, Addy Ashraf dan pasangan adik beradik Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezlisa Loy. Antara pelakon-pelakon lain termasuk Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhammad Akhmal Mohamad Nazri. Tidak ketinggalan juga artis-artis tersohor tanahair seperti Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan Nabil Raja Lawak yang akan membuat penampilan istimewa serta memeriahkan lagi episod-episod tertentu.

Selain itu, terdapat juga beberapa video klip pendek Oh My English! yang turut menampilkan bintang-bintang antarabangsa seperti Greyson Chance dan Maher Zain. Video-video yang penuh jenaka ini telah berjaya menarik perhatian ramai rakyat Malaysia dan menggegarkan dunia siber.

Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak, Astro, berkata “Halaman Oh My English di Facebook telah berjaya menawan hampir 50,000 peminat, mendapat lebih daripada 900,000 tontonan di YouTube dan masih terus meningkat, serta menjadi topik hangat yang kerap diperkatakan di Twitter. Kami telah menerima ribuan mesej daripada seluruh pelosok negara. Kami sangat menghargai segala maklumbalas positif ini dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong Oh My English!”.

Oh My English! mengambil pendekatan yang unik dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Setiap episod sitkom selama setengah jam mempunyai tema perbualan yang boleh digunapakai di dalam kehidupan seharian seperti pengenalan, sukan, muzik dan makanan. Episod-episod tersebut juga mengandungi 3 kapsul pendek yang menerangkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul sama ada dari segi tatabahasa, perbendeharaan kata, struktur ayat mahupun sebutan.

“Menurut kajian kami, memang ramai rakyat Malaysia ingin memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris mereka, tetapi mereka tidak begitu yakin dan berpeluang untuk berlatih menggunakan bahasa tersebut. Ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk menghasilkan rancangan Oh My English yang mengambil pendekatan unik untuk membina keyakinan para penonton serta membuatkan pembelajaran Bahasa Inggeris lebih mudah,” tambah Yasmin.

Sebagai tambahan, Astro juga telah bekerjasama dengan British Council dalam pembangunan kandungan pembelajaran Bahasa Inggeris, termasuk bahan-bahan dan kertas latih tubi lengkap, yang boleh didapati di laman resmi Oh My English!

Oh My English juga akan dilengkapi pengalaman pembelajaran multimedia melalui internet, butang merah interaktif pada alat kawalan Astro, laman sosial, radio, siri bengkel di sekolah dan dalam cetakan. Layari laman resmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk keterangan lanjut mengenai rancangan ini atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain. Jangan ketinggalan untuk mengikuti video-video terkini di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki Bahasa Inggeris anda.

Jangan ketinggalan untuk menonton Oh My English! pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)!

Pelanggan Njoi juga dapat menyaksikan rancangan Oh My English! dari 8 Jun di Astro Prima (Saluran 105) pada setiap hari Jumaat jam 9.30 malam.

Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

oh My english

oh My english

oh My english

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahid & Ferhad at Adidas Regional 5-aside Futsal Competition

adidas POISED TO KICK OFF 2012 WITH EXTREME POWER SPECIAL EDITION