in , ,

Official Trailer Filem Azura

Pada pagi yang indah ini, pengarah dan sutradara tersohor, Aziz M. Osman telah menghantar link youtube trailer rasmi untuk filem terbarunya di laman twitter miliknya.

Budiey dah pun menonton trailer filem lakonan mantap penuh dramatik Neelofa dan Shahz Jaszle ini pada pra tonton filem Aku Bukan Tomboy beberapa hari yang lalu. Beberapa babak percintaan, cinta dua darjat, cinta terhalang, kekecewaan, skandalisme, maruah, dendam dan tidak lupa menyentuh tentang kisah kekeluargaan diselitkan dalam trailer ini. Tampak sungguh dramatik.

Selain Neelofa dan Shahz Jaszle, pelakon Afdlin Shauki, Erma Fatima turut membantu melakonkan babak-babak dalam filem ini. Turut diperkenalkan seorang pelakon baru iaitu Nini Marlini.

Filem yang telah menjalani pengambaran di Paris ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 2 Februari 2012.

Takdir menemukan mereka… cinta terhalang…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Aktiviti Seni Budaya JKKN

Peraduan Menangi 20 Keping Tiket Anugerah Skrin 2011