in , ,

Nynaa Harizal Nafi Diculik Keluarga, Selamat Dalam Jagaan Ibu Bapa

Pelakon, Nynaa Harizal menafikan dakwaan dia diculik oleh kedua ibu-bapanya sebaliknya dia berada dalam keadaan selamat dibawah jagaan keluarga sejak 2 November lalu.

Nynaa atau nama sebenar Nurul Hanynaa Harizal, 25, telah membuat penafian berhubung dakwaan suaminya, Fahmi Ilyas, 29, yang memaklumkan pelakon itu dilarikan keluarga sebelum tuntutan cerai dibuat.

“Untuk mengatakan bahawa kedua ibu bapa menculik atau memaksa saya adalah suatu telahan yang tidak tepat.”

– Nynaa Harizal

Baru Jer Kahwin 2 Bulan, Tindakan Terkini Nynaa Harizal Buat Suami Dia Terkedu

Katanya, dia memilih untuk tidak mahu memberikan apa-apa reaksi terhadap semua berita itu demi menjaga hati dan perasaan semua pihak berkaitan.

“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.

“Saya melalui peguam syarie memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003, pada 10 November lalu.

“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya, jam 3.16 petang pada 11 November lalu,” kata

– Nynaa Harizal
Nynaa Harizal Nafi Diculik Keluarga

Finalis Dewi Remaja 2019 itu berkata selepas menghadiri sebutan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, hari ini.

Nynaa ketika ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung punca permohonan cerai antara dia dan suaminya kerana melihat ia sebagai isu peribadi dan tidak mahu mengganggu prosiding mahkamah.

“Hari ini, ditetapkan untuk sebutan bagi permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru. Suami tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguamnya saja.

“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, saya membuka ruang untuk perbincangan dengan suami dan ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,”

– Nynaa Harizal

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu pada 3 November lalu, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ oleh bapanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.

Sumber: Harian Metro

Nynaa Harizal Nafi Diculik Keluarga, Selamat Dalam Jagaan Ibu Bapa

Fahmi Masih Cintakan Isteri, Sedia Maafkan

Fahmi antaranya berkata, dia berkali-kali menghubungi isterinya menerusi mesej WhatsApp tetapi hanya sekali dibalas isterinya dengan knyataan mahu menghabiskan masa dengan keluarganya selain meminta Fahmi menghormati keputusannya.

“Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa. Saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat.

“I love you sayang. Saya sedia maafkan awak.,” kata Fahmi.

Mhkamh sebelum itu menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes terhadap permohonan itu.

Menerusi permohonan yang dibuat, Fahmi meminta isterinya kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Fahmi juga mahu menyelamatkan pernikahan mereka supaya Nynaa kembali menjalankan tnggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.

Terdahulu bapa Nyna mengaku tidak bersIah di Mhkamh Majistret Shah Alam, hari ini atas perbuatan menakvtkan secara jnayah dengan menggunakan p1stoI ke atas seorang lelaki, minggu lalu.

Harizal Hashim, 49, yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pngakuan itu selepas pertudvhan dibacakan di hadapan Maj1stret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumh tngga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu pada 3 November lalu, Fahmi mendkwa isterinya ‘diI4rikan’ oleh bapanya ketika terbabiit dengan penggmbaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.

Nynaa mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Fahmi, 29, pada 28 Ogos lalu.

Nynaa yang merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2019/2020 mula menceburkan diri dalam industri seni apabila berlakon dalam drama pertama, Hero Seorang Cinderella dan Kekasih Paksa Rela pada 2017.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fetty Dzul Meninggal Dunia

Dramatis Veteran Fetty Dzul Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Baby Shima Perjelas Foto di Kelab Malam Hanya Rakaman Video Muzik Single LALAI