in , ,

Nyanyian Lebih Mantap Di Konsert Ketiga Ceria Popstar 2016

Seramai 8 lagi bakat cilik pamer kehebatan vokal malam ini. Konsert kedua Ceria Popstar 2016 Jumaat lalu menyaksikan penyingkiran sekaligus 4 peserta yang dilihat amat berpotensi mara ke peringkat seterusnya. Sharie, Wafiy, Hadi dan Fikri mendapat markah terendah dan terpaksa meninggalkan pentas Ceria Popstar 2016.

Walaupun memberikan persembahan terbaik, keempat-empat mereka terpaksa akur dengan keputusan juri dan adat pertandingan. Peserta Sabah, Eylia dan anak muda kelahiran Sarawak, Hazmil mencuri tumpuan apabila kedua-dua mereka mendapat ‘Standing Ovation’ daripada para juri tetap yang terdiri daripada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan lagenda rock negara Awie, bersama juri jemputan, Abam Bochey.Konsert ketiga Ceria Popstar malam ini bakal menyaksikan 8 peserta yang masih tinggal mempersembahkan lagu-lagu popular daripada pelbagai genre.

Ceria Popstar

Peserta duo, SISTAR bakal menguji keharmonian vokal mereka dalam lagu Like I’m Gonna Lose you yang dipopularkan oleh Meghan Trainor dan John Legend. Elyah pula mendapat tugasan lagu balada berhantu, Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah manakala ‘rocker’ cilik, Aniq diberi tanggungjawab melunaskan tugasan lagu Takkan Pergi, nyanyian Hyper Act.

Konsert ketiga Ceria Popstar akan disiarkan malam ini, 15 April 2016, bermula jam 9 malam di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105.

Konsert ketiga ini masih menampilkan Nabil Ahmad selaku pengacara manakala pelawak terkenal Syuk Balas dijemput menjadi juri undangan bagi menilai persembahan setiap peserta yang bertanding. Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini.

Sementara itu, Alam Wakaka dipilih sebagai koreografer manakala Sarah Ismail, bertindak selaku guru vokal Ceria Popstar 2016.

Berikut merupakan senarai lagu tugasan Konsert Ketiga Ceria Popstar 2016 malam ini;

No.Nama PesertaAsalLagu Tugasan
1.Fatma Naslin Bt Suhailin
Farhana Naslyn Bt Suhailin (SISTAR)
SabahLike I’m Gonna Lose You (Meghan Trainor feat. John Legend)
2.Eylia Eyre Guntabid (Eylia)SabahDi Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
3.Siti Junaidah Binti Bekri (Jun)SabahSyurga (Alyah)
4.Muhammad Aniq Iffat Bin Ruzaimi (Aniq)PerakTakkan Pergi (Hyperact)
5.Hazmil Bin Hassan (Hazmil)SarawakPantun Budi (Tan Sri SM Salim)
6.Irfan Harris Bin Othman (Irfan)JohorBiarkanlah (Drama Band)
7.Muhammad Shahreza Bin Abu Samah (Reza)SarawakBila Tiba (Ungu)
8.Siti Amirah Dalili Bt Mohd Amerullah (Dalili)Kuala LumpurHati-Hati (Amira Othman)

Juara Ceria Popstar 2016 bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi. Format penjurian konsert Ceria Popstar ini menggunakan format 100 % penilaian daripada juri professional.

Siapakah yang akan menyerlah dalam konsert kali ini dan siapakah yang akan tersingkir? Saksikan Konsert ketiga Ceria Popstar malam ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jomlah Baca Ulasan Penonton Filem MIDNIGHT SPECIAL

Rahsia Sebalik 1001 Manfaat Habbatus Sauda