in , ,

Nusantara Fest di GMBB Kuala Lumpur Raikan Tradisi Kita & Hari Malaysia

Hikayat Fandom bersama GMBB mengangkat warisan seni, sastera dan budaya Nusantara melalui pementasan, tarian, makanan, minuman dan pelancaran buku ensiklopedia penting yang membuka mata tentang identiti serumpun Asia Tenggara

Sempena Hari Malaysia 2025, sebuah acara budaya istimewa bernama Nusantara Fest telah dianjurkan oleh Hikayat Fandom dengan sokongan GMBB Kuala Lumpur. Acara ini berlangsung di ruang kreatif The Grey Box, GMBB, dan berjaya menarik kehadiran tetamu pelbagai kaum dan latar belakang untuk menyelami pengalaman imersif yang mengangkat semula warisan seni, sastera, budaya dan kulinari Kepulauan Melayu.

Nusantara Fest menjadi sebahagian daripada program Rentak MalaysiaKu, sebuah inisiatif yang bertujuan menyemarakkan seni tradisi warisan bangsa, sambil mendekatkan generasi baharu dengan khazanah budaya yang semakin dilupakan.

Beyond The Malay Archipelago Jadi Kemuncak Nusantara Fest

Kemuncak acara ini adalah pelancaran Beyond the Malay Archipelago: An Illustrated Encyclopaedia of Ancient Southeast Asia – iaitu edisi bahasa Inggeris kepada karya berharga Kepulauan Melayu | Ensiklopedia Berilustrasi Tamadun Dunia Silam. Buku bersaiz folio ini ditulis oleh Ninot Aziz, seorang penulis prolifik serta penggiat budaya, dengan sumbangan daripada 18 pakar dan akademik dunia serta dihiasi karya 6 ilustrator berpengalaman.

Nusantara Fest Raikan Tradisi Asia Tenggara Dan Hari Malaysia

Ensiklopedia ini bukan sekadar memaparkan fakta sejarah, tetapi juga menghidupkan kembali mitos, legenda, dan hikayat yang membentuk wajah Asia Tenggara purba. Ia digambarkan sebagai jambatan intelektual yang menghubungkan semula masyarakat serumpun di rantau ini. Buku ini akan mula berada di pasaran pada 1 Oktober 2025.

Beyond the Malay Archipelago adalah sebuah buku folio tentang Asia Tenggara purba. Ia menjadi jambatan merentasi Asia Tenggara — menyatukan mitos, legenda, dan sejarah kita melalui seni, penceritaan, dan ilmu. Dengan Nusantara Fest, kami mahu meraikan bukan sekadar buku ilmu, tetapi intipati hidup peradaban serantau,kata Ninot Aziz, pengasas bersama Hikayat Fandom dan Presiden Persatuan Sastera Lisan Negara (PERSALINA).

GMBB Sebagai Hab Kreatif Budaya Serantau

Pihak GMBB yang menjadi lokasi rasmi acara turut melahirkan rasa bangga dengan penglibatan mereka. Lim Ying Xian, wakil GMBB berkata:

Kami berbangga menjadi tuan rumah kepada Rentak MalaysiaKu dan Nusantara Fest kerana ia mencerminkan semangat GMBB sebagai hab kreatif yang meraikan budaya tempatan sambil menghubungkan komuniti dengan warisan serantau. Melalui acara seperti ini, kami berharap untuk terus memperkukuh suara seni dan sastera Malaysia agar lebih dikenali.

Ninot Aziz

Kenyataan ini jelas menunjukkan misi GMBB untuk menjadi platform yang menghubungkan idea kreatif dengan masyarakat, sekali gus membuka ruang kolaborasi budaya yang lebih luas.

Buku Kepulauan Melayu Jadi Pusat Perhatian

Selain acara seni, fokus utama Nusantara Fest kali ini ialah memperkenalkan semula Buku Kepulauan Melayu. Menurut penganjur, ensiklopedia ini bukan sekadar sebuah teks akademik tetapi sumber rujukan yang menyatukan semangat peradaban Nusantara.

Kami mahu orang ramai bukan saja membaca, tetapi menyelami semangat di sebalik karya ini. Ia bukan sekadar teks, tetapi pintu kepada sejarah, seni, bahasa dan identiti kita,” jelas pihak penganjur.

Buku ini menjadi penghormatan kepada peradaban serumpun yang membentuk identiti Asia Tenggara sejak berabad lamanya.

Nusantara Fest Raikan Tradisi Asia Tenggara Dan Hari Malaysia

Tarian Tradisi, Permainan Dan Minuman Nusantara Tarik Perhatian

Nusantara Fest tidak hanya berpusat pada buku. Festival ini turut menghadirkan pengalaman budaya menyeluruh melalui bengkel tarian tradisi seperti Zapin dan Joget, penceritaan legenda lama, serta permainan rakyat.

Paling menarik, pengunjung juga berpeluang menikmati minuman tradisional Nusantara seperti Teh Bunga Telang – teh biru yang kaya dengan simbolisme herba – dan Wedang Uwuh dari Tanah Jawa, sejenis minuman rempah yang hangat dan penuh nostalgia. Hidangan ini turut dipadankan dengan juadah ringan seperti karipap dan kuih puteri ayu, menambahkan lagi suasana mesra sambil mengingatkan kita kepada tradisi jamuan rakyat.

Seorang pengunjung berkata:
Minuman seperti ini adalah jambatan. Bila kita duduk minum bersama, rasa silaturahim itu datang dengan sendiri. Seolah-olah kita kembali mengikat perasaan serumpun dan sejiwa.

Nusantara Fest Raikan Tradisi Asia Tenggara Dan Hari Malaysia

Kanak-Kanak, Hikayat Lama Dan Pengajaran Hidup

Detik yang cukup menyentuh hati sepanjang festival ialah apabila kanak-kanak duduk mendengar tukang cerita bercerita tentang hikayat lama, sambil bermain congkak dan permainan tradisional lain.

Di sebalik cerita rakyat itu, terselit nilai hidup dan budaya yang membentuk identiti masyarakat kita. Nusantara Fest berjaya membuktikan bahawa pengalaman budaya tidak harus terbatas kepada tontonan semata-mata, tetapi perlu dirasai dan dihayati, terutama oleh generasi baharu.

Acara Budaya Yang Menyatukan Serantau

Gabungan buku, tarian, makanan, minuman dan permainan tradisional menjadikan Nusantara Fest sebagai perayaan identiti serumpun yang mengikat masyarakat dari Malaysia, Indonesia, Filipina hingga ke seluruh Kepulauan Asia Tenggara.

Nusantara Fest Raikan Tradisi Asia Tenggara Dan Hari Malaysia

Terima kasih kepada semua yang hadir. Nusantara Fest bukan titik noktah, tetapi langkah awal untuk terus membawa hikayat dan budaya ini ke mata dunia,” ujar penganjur sebagai penutup festival.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, Nusantara Fest membuktikan bagaimana sebuah acara budaya boleh diolah menjadi pengalaman yang hidup, penuh makna dan menyentuh jiwa. Ia bukan sahaja meraikan buku penting seperti Buku Kepulauan Melayu, tetapi juga menyatukan masyarakat melalui seni, makanan, tarian dan cerita rakyat.

Lebih penting lagi, festival ini berjaya mendidik generasi muda untuk mengenali akar budaya dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan. Saat melihat kanak-kanak mendengar cerita sambil menikmati teh telang, terasa benar roh Hari Malaysia yang sejati – iaitu menyatukan rakyat melalui warisan yang sama.

Penganjuran ini juga membuktikan peranan Hikayat Fandom sebagai pemacu kesusasteraan lisan moden, dan GMBB Kuala Lumpur sebagai hab kreatif yang sentiasa menyokong seni dan budaya untuk diketengahkan di pentas serantau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Karya Besar Hikayat Fandom Dicalonkan Anugerah Buku PNM 2025/2026