in , ,

Nusa Fest 2023 Satukan Tiga Negara, Ini Fakta & Info Yang Anda Perlu Tahu

NUSA FEST bakal berlangsung pada 4 & 5 FEBRUARI 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 2 petang di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Untuk suku tahun pertama 2023, Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangganya membawakan kepada khalayak sebuah festival yang bakal menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 4 & 5 FEBRUARI 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 2 petang di Bandar Malaysia, Sungai Besi. 

Nusa Fest 2023 Satukan Tiga Negara, Ini Fakta & Info Yang Anda Perlu Tahu

FESTIVAL yang tergendala hampir 3 tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini akan kembali dengan lebih meriah dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.

Festival ini bakal menyaksikan kemunculan band-band dan penyanyi solo hebat tiga negara. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.

Nusa Fest 2023 Satukan Tiga Negara, Ini Fakta & Info Yang Anda Perlu Tahu

“Pengumuman awal Nusa Fest diawali dengan hanya pengumuman tarikh dan tempat. Tiada nama-nama artis yang diumumkan. Ini menimbulkan pelbagai reaksi dari khalayak. Namun kami percaya bahawa rakyat Malaysia khususnya, memang sentiasa memberikan sokongan yang padu terhadap industri seni tanah air. Buktinya tiket ‘pre sale’ telah habis terjual walaupun kita hanya memberikan hint persembahan tanpa sebarang nama di laman sosial @shirazprojects dan @nusafest.my. Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, Nusa Fest akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects. 

Nah, hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di Nusa Fest 2023 terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong Nusa Fest sehingga ke hari persembahan. 

Nusa Fest 2023 Satukan Tiga Negara, Ini Fakta & Info Yang Anda Perlu Tahu

Untuk pengumuman fasa pertama, Nusa Fest akan menampilkan Budak Nakal Hujung Simpang(MY), Bunkface (MY), Burgerkill (ID), Dipha Barus (ID), Diskoria (ID), .Feast (ID), Forceparkbois (MY), Fourtwnty (ID), Gerhana Ska Cinta  (MY), Hindia (ID), Iqbal M (MY), Jemson (MY), Kelompok Penerbang Roket (ID), Kunto Aji (ID), The Pinholes (SG), Pusakata (ID), Ras Muhamad (ID), Salam Musik (MY), White Percussion Unit (MY).

Pengumuman seterusnya akan dilakukan dari masa ke masa dan semestinya ini akan menambahkan lagi debaran sehingga ke hari festival. 

Nusa Fest 2023 Satukan Tiga Negara, Ini Fakta & Info Yang Anda Perlu Tahu

Tiket PRE SALE telah habis dijual dalam masa 5 hari dan tiket EARLY BIRD berharga RM300 dijual dari 6 Disember hingga 9 Disember di www.myticket.asia.

Tiket BUNDLE OF 4 dijual pada harga RM1200 pada 9 Disember dan NORMAL TICKET pada 9 Disember dengan harga RM350 untuk dua hari persembahan. 

“NUSA FEST’’ ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan lagi industri muzik nusantara.

Nusa Fest 2023 Satukan Tiga Negara, Ini Fakta & Info Yang Anda Perlu Tahu

NUSA FEST 2023

Tarikh: 4 & 5 Februari 2023

Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am

Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Harga tiket:

EARLY BIRD – RM 300 (6 December, 4pm to 9 December, 4pm)

BUNDLE OF 4 – RM 1200 (6 December, 4pm to Event Day)

NORMAL TICKET – RM 350 (6 December, 4pm to Event Day)

Tiket: www.myticket.asia

Tiket Hotline: 03 8605 0196

Info Hotline: 012 2560082

Instagram: nusafest.my

Facebook: Nusa Fest

Laman Web: www.nusafest.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TOURISM MALAYSIA

Pesta Kopi Terus Dapat Sambutan, Kini Ke Pulau Pinang Disember Ini

Rumah Artis Bakal Jadi Pusat Sehenti Peminat Dekorasi Rumah