in ,

Nur Sajat Dapat Gelaran Dato’ Dari Tengku Mahkota Pahang Netizen Tak Puas Hati

Tahniah buat Nursajat! Wanita yang mempunyai dua orang anak angkat ini sedang giat mengembangkan perniagaannya dalam bidang kecantikan. Nur Sajat pengasas produk kosmetik dan kecantikan, ‘Let’s Cantik’ ini telah membuktikan bahawa dia akan terus menempa kejayaan. Baru-baru ini Nur Sajat telah menerima Anugerah Tokoh Tun Puteh dari Tengku Mahkota Pahang di sebuah hotel di ibu kota.

Nur Sajat Dapat Gelaran Dato'

Menerusi gambar yang dimuatnaik di Instagram, Nur Sajat meluahkan rasa bersyukur dengan pengiktirafan ini kerana disebalik kejayaan ini, ibubapanya yang banyak memberi sokongan.

Sebelum ini Nur Sajat ada mengeluarkan kenyataan mengenai dirinya.

Nur Sajat Dapat Gelaran Dato'

Mak ayah sajat sentiasa menemani sajat kemana sahaja. Alhamduillah mak ayah sentiasa mendoakan sajat hingga ke hari ini. Biar lah orang di luar berkata apa apa sekali pun pada sajat,cuma yang faham sajat adalah mak dan ayah sajat.

Nur Sajat redha dengan kecaman orang ramai yang masih mempertikaikan mengenai status kelahirannya.

Kerana kelahiran sajat (khunsa) adalah rahsia mereka. Sajat akur bukan senang untuk harungi seorang bernama Nursajat, kerana ujian Nursajat kena kuat walaupun apa pun berlaku. Yang penting mak dan ayah sentiasa bersama dengn sajat dan doa mereka yang sajat perlukan.

Terima kasih mak dan ayah kerana melahirkan sajat. Sajat tak pernah marah apa yang berlaku pada sajat. Segala kecacatan sajat ini. Sajat terima dengan redha. Anugerah TUN PUTIH INI BUAT MAK DAN AYAH. Sajat sayang mak dan ayah, biar lah kat luar tu nak kata apa pada sajat, yang penting mak ayah tahu sajat siapa.”

Nur Sajat Dapat Gelaran Dato'

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menonton DISNEY’S PIRATES OF THE CARIBBEAN: SALAZAR’S REVENGE

Datuk Nassier Wahab Bakal Dilantik Duta Syarikat Hartanah