in ,

Nur Rafiq Pemenang LIGA SUPER FANTASI 2015

Pertandingan LIGA SUPER FANTASI 2015 yang telah bermula pada 16 Januari hingga 22 Ogos yang lalu, kini telah menemui pemenangnya pada musim ini.

Kemenangan yang tidak disangka ini telah dimenangi oleh seorang pelajar dari Kolej Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar, Nur Rafiq Hanafi Bin Razak dengan membawa pulang wang tunai RM 15,000.

TEMPAT PERTAMA DAN KEDUA

Nur Rafiq yang berusia 19 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak ini sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak tempatan tertutamanya pasukan bola sepak kelahirannya iaitu, Perak. Ini adalah peryertaan kali ke tiga beliau dalam menguruskan pasukan fantasinya iaitu Otai Blogger FC dengan memungut 1483 mata keseluruhan.

Liga Super Fantasi 2015 adalah sebuah permainan pengurusan pasukan bola sepak di mana kini memperkenalkan Perpindahan Bonus dan Power Play tahun ini – pemain dapat menggunakan dua fungsi baru ini untuk meningkatkan prestasi perolehan mata oleh pasukan fantasi mereka! Lebih menarik, setiap pemain dibenarkan untuk menubuhkan pasukan fantasi kedua mereka dengan menggunakan akaun Astro ID!

Sepanjang Liga Super Fantasi 2015 berlangsung turut menyaksikan beberapa pemain yang mengumpul mata tertinggi setiap bulan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sejumlah RM2,000 dan sehelai jersi pasukan Liga Super pilihan.

Sementara itu, Piala Malaysia Fantasi 2015 kini telah pun bermula dan hadiah keseluruhan berjumlah RM 15,000 menanti anda. Anda rasa anda mampu membariskan pemain yang cemerlang dalam pasukan impian anda? Jangan berlengah dan gegas bertindak! Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari fantasi.arena.my untuk Bahasa Malaysia dan en.fantasi.arena.my untuk Bahasa Inggeris.

PENYERAHAN MOCK CHEQUE BUAT PEMENANG DI GRANDSTAND AHAD

PEMENANG-PEMENANG LIGA SUPER FANTASI 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari

Pemenang Peraduan Ceria Raya Bersama F&N Terima Habuan