in , , ,

Nur Fatima Aisya Nama Puteri Sulung Pasangan Fattah Amin & Fazura

Perkahwinan selama lebih kurang tiga tahun, akhirnya Fattah Amin dan Fazura kini tidak lagi berdua. Pada tarikh 2 Oktober 2020, pasangan popular ini menerima kehadiran anak sulung mereka, seorang baby girl.

Selepas bersalin, Fazura meminta semua pihak bersabar dan dia dan suami hanya akan tayang wajah baby sulung mereka itu setelah tujuh hari umur baby. Selepas seminggu menimang cahaya mata sulung pada Jumaat lalu, pada hari ini, pasangan selebriti popular Nur Fazura dan Fattah Amin akhirnya mendedahkan nama puteri kesayangannya yang diberi nama Nur Fatima Aisya. 

Pengumuman itu dibuat pasangan tersebut menerusi laman Instagram, Fattzuralovelife sebentar tadi.

Walaupun belum bersedia berkongsi wajah penuh anak sulung mereka kepada umum, pasangan itu tetap memuat naik sebuah video Fazura mengendong anaknya yang dapat dilihat daripada bahagian sisi wajah bayi tersebut.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ini tapi Daddy dan Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

“Tapi Fatima tahu ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties dan Uncles semua. Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia,” tulis kapsyen di entri tersebut.

Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017. Pasangan itu mula menjalin cinta ketika digandingkan bersama menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Video yang dimuat naik itu kini mendapat 68,000 tontonan.

Ruangan komen video tersebut turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat Fattzura.

Peminat juga teruja apabila pasangan ini memilih nama klasik untuk diberikan kepada permata hati mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Isu Selebriti Dijadikan Kambing Hitam Sindiket Macau Scam Untuk Cuci Wang Haram

Gambar Hiasan

Abang Gaduh Dengan Bapa Tiri, Anak Perempuan Pengasas Dnars Mengaku Jadi Punca