in , ,

NUHA BAHRIN Lancar Single XSEMPURNA, Kisah Sebenar Dikutuk & Dihina Satu Dunia

Nuha Bahrin, adalah seorang pendatang baharu dalam industri muzik. Beliau,membina nama dengan lagu covernya ‘Hurt’, Christina Aguilera dan paling menarik turut mencuri perhatian penyanyi antarabangsa tersebut sendiri serta turut “repost” nyanyian Nuha di Instagramnya. Nuha Bahrin kini akan mengeluarkan Single petamanya pada 5 Mac 2021 yang bertajuk XSEMPURNA.

XSEMPURNA secara keseluruhanya memaparkan pengkisahan sebenar yang dilalui oleh penyanyi Nuha Bahrin, dikutuk dan dihina oleh satu dunia. Tetapi bagi Komposer Ezra Kong melihat bakat Nuha Bahrin lalu menyediakan lirik dan melodi serta susunan muzik yang sesuai bakal membuat para pendengar ralit. Manakala dalam susunan plot cerita di dalam Muzik Video XSEMPURNA adalah secara sinematik yang hanya bermainkan emosi penyanyi Nuha Bahrin.

NUHA BAHRIN

“Makna lagu ini juga merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi dan artis yang sangat baru dalam industri muzik dan bagaimana saya telah belajar banyak perkara pada masa lalu. Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah salah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu.”

“Saya memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang di sekeliling saya, membimbing saya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, dan benar-benar menunjukkan betapa orang benar-benar peduli terhadap saya. Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya” kata Nuha.

“Proses penggambaran kami terpaksa diawalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula. Dengan keputusan pada saat akhir pihak produksi bertungkus-lumus menyelesaikan pengambaran sebelum jam 12 pagi. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang menolong saya semasa penggambaran. Allah sahaja dapat membalas jasa baik semua pada hari itu” tambah Nuha lagi.

Hasil karya yang terbaru ini adalah gabungan kerjasama diantara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia ini diharapkan dapat memeriahkan lagi persada seni muzik tanah air. Sokongan yang padu daripada semua pihak diharap dapat membuka peluang yang lebih cerah dan boleh terus berkarya dengan hasil-hasil karya yang bermutu dan standing dengan piawaian hiburan antarabangsa.

Besar harapan pelantun lagu XSEMPURNA ini serta pasukan produksi untuk melihat hasil karya ini diterima di seluruh Malaysia malah bakal menghiburkan semua peminat di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Nuha juga akan bakal mengeluarkan Album Zikir bersama artis-artis Beegood Music sempena Bulan Ramadhan yang akan datang.

XSEMPURNA bakal disiarkan secara rasmi pada hari Jumaat, 5 Mac 2021 di saluran YouTube BeeGood Music, manakala hasil karya terbaru ini juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan YouTube Music pada tarikh yang sama.

NUHA BAHRIN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas PKP, Andi Bernadee Buat Kemunculan Kali Pertama Di Butik Fipper Sitiawan

RTM & DBP Jalin Kerjasama Dalam Telefilem CAPA RENGAT GULAI RAWO