in

ntv7 Siar Program Hebat Sempena Ulangtahun Ke-16

Tahun hadapan, ntv7 bakal meneruskan lagi kegemilangannya pada tahun 2014 kerana Saluran Ceria Anda itu bakal meraikan saat paling manis dengan usianya yang akan mencecah 16 tahun bersiaran di Malaysia. Seiring dengan tanda aras itu, ntv7 berikrar untuk berusaha bersaing di dalam dunia penyiaran yang kompetitif dengan barisan kandungan rancangan yang berkualiti untuk terus relevan pada tahun seterusnya.

ntv7 bukan sahaja telah bertahan kukuh selama 15 tahun kebelakangan ini malah tetap menjadi saluran pilihan ramai dengan mengekalkan kedudukan perdananya seiring hala tujunya, Modern Urban Progressive Adults (MUPAs). Malah stesen itu juga tetap menjadi di antara salah satu stesen televisyen yangh gah di antara pesaing di dalam industri yang sama.

ntv7 (Saluran 107) kekal mendominasi penonton yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina dengan menjadi saluran empat teratas (Top 4) dikalangan penonton urban 25+ dan Cina 4+ di dalam negara berdasarkan data yang diperolehi pada 30 September 2013.

Di dalam temuramah eksklusif hari ini bersama Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul, beliau mendedahkan senarai lengkap rancangan-rancangan tempatan dan antarabangsa yang bakal menemui penonton saluran itu pada tahun 2014.

“Tahun ini merupakan di antara pengalaman yang bermakna buat ntv7 kerana kami meraikan ulang tahun ke-15 dengan projek besar termasuklah rancangan anugerah pertama buat wanita, Bella Awards 2013 serta berjaya melakar sejarah apabila disenaraikan di dalam The Malaysia Book of Records setelah berjaya menganjurkan himpunan ibu-ibu hamil terbesar menerusi acara ‘Bella Bundle of Joy’,” kata Airin.

“Kami tidak sabar untuk meraikan ulangtahun ke-16 kami pada tahun 2014 dengan pelbagai lagi barisan judul-judul baru serta rancangan yang bakal menemui penonton setia kami di dalam musim yang baru. Antara yang bakal menanti mereka adalah – rancangan siri hit dari Amerika, drama-drama tempatan yang mantap, rancangan anugerah berprestij, rancangan khas buat wanita serta banyak lagi,” tambah Airin.

Tahun berikutnya akan menyaksikan DUA RANCANGAN ANUGERAH POPULAR KEMBALI di ntv7 – Golden Awards dan Bella Awards – yang masing-masing telah memasuki tahun ke-3 dan ke-2 penganjurannya.

[pullquote align=”right”]Dengan lima kategori baru yang diperkenalkan serta pertandingan filem pendek yang diumumkan pada sidang media Golden Awards baru-baru ini, rancangan anugerah itu bakal mengiktiraf dan meraikan karyawan seni yang terlibat di dalam industri penyiaran TV tanah air. Manakala, penganjuran Bella Awards yang ke-2 akan diumukan secara rasminya pada Disember nanti.[/pullquote]

Selain penganjuran dua buah rancangan anugerah hebat itu, ntv7 juga akan hadir dengan RANCANGAN TERBITAN TEMPATAN termasuklah Penang Striker (drama sejarah bersiri mengenai sukan bola sepak dan cinta), Project Earth (rancangan majalah yang menghantar orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan dan kebajikan di serata dunia) dan Kids Dancing (pertandingan tarian buat kanak-kanak).

Dengan bertambahnya peminat DRAMA CINA TEMPATAN, ntv7 akan terus menghasilkan pelbagai drama bersiri baharu pada tahun 2014 seperti On The Brink (drama penyiasatan penuh aksi), Teen Edge (drama moral yang disasarkan kepada penonton belia), dan The Scavenger (drama psikologi yang penuh elemen kejutan). Saluran itu juga bakal membawakan musim baru drama hitnya – In Laws (musim 2) dan Love Compulsory (musim 4)

Sementara itu, para penonton boleh bersedia menantikan sebuah lagi hasil produksi tempatan hebat untuk TELEMOVIE TAHUN BARU CINA menampilkan pelakon Top 10 ntv7. Berjudul ‘Spring Chorus’, produksi telemovie itu bakal membawakan drama muzikal yang menyentuh perasaan yang mengisahkan tentang lima orang adik beradik yang bersama-sama cuba membantu ayah mereka yang menghadapai penyakit Alzheimer.

Berita baik buat peminat SIRI HIT POPULAR AMERIKA, ntv7 akan terus membawakan siri kegemaran anda buat musim seterusnya seperti Once Upon A Time (Musim 3), The Mentalist (Musim 5), Fringe (Musim 5), New Girl (Musim 2), dan How I Met Your Mother (Musim 8). Penonton juga bakal dihiburkan dengan judul baru yang bakal disiarkan di saluran itu seperti Once Upon A Time In The Wonderland, Blacklist, Sleepy Hollow, Witches Of East End, The Michael J. Fox Show, dan The Crazy Ones (drama komedi yang berkisar di tempat kerja lakonan mantap Robin Williams dan Sarah Michelle Gellar).

Selain itu, ntv7 juga akan membawakan kandungan Asia seperti DRAMA TVB HONG KONG. Di antara judul kuat yang bakal menemui anda adalah Daddy Good Deeds, Forensic Heroes III (lakonan Wayne Lai dan Maggie Cheung), Gloves Come Off, Highs And Lows, Inbound Troubles (turut dipaparkan di dalam the New York Times), The Last Steep Ascent, dan Three Kingdom RPG.

[pullquote]Penonton juga pastinya bakal teruja mengetahui RANCANGAN REALITI CINA KEGEMARAN RAMAI – Perfect Match dan Chinese Dream – akan kembali dengan musim terbaru di saluran itu.[/pullquote]

Di antara SIRI REALITI TEMPATAN lain yang akan kembali ke Saluran Ceria Anda itu adalah Aunty Must Go Crazy (Musim 2), Foodie Blogger (Musim 2), Listen To The World (Musim 2), Mandarin Battle Star (Musim 5), Women’s Zone (Musim 6), dan All About Sports (Musim 2). Selain judul-judul ini, ntv7 juga akan memperkenalkan rancangan masakan – Happy Liitle Chef – yang bakal disertai oleh kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun. Siri selama setengah jam itu akan memberi ruang kreativiti dan ekspresi buat si cilik yang pintar.

Saluran Ceria Anda juga bakal menawarkan rancangan baru dan musim seterusnya dalam pelbagai rancangan kanak-kanak untuk membina minda penonton ciliknya seperti Hikayat Tok (kisah menginai kanak-kanak bernama Ridhwan dan rakan-rakannya yang membesar dalam abad ke-19), Wakfu (kisah pengembaraan kanak-kanak yang memiliki kuasa misteri), Kindaichi’s Case File (siri kisah misteri yang bakal diselesaikan pelajar sekolah tinggi bernama Hajime Kindaichi), Sabrina: Secrets Of A Teenage Witch, Kungfu Panda (Musim 2), Dragon Ball Kai Z (Musim 2), dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai judul yang akan menemui penonton ntv7 pada tahun 2014, sila rujuk senarai lengkap beserta sinopsis yang dikepilkan bersama siaran berita ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kecerahan Segera Dengan Vaseline Instant Fair

Drama Bersiri Ema Emyliana Lakonan Eyka Farhana