in

ntv7 Terima Tiga Pencalonan Dalam Spark Awards

Bella Awards 2013 anjuran ntv7 berjaya disenaraikan di dalam beberapa kategori di majlis Spark Awards. Tiga kategori tersebut adalah Penjenamaan Korporat Terbaik oleh Pemilik Media, Solusi Media Terbaik – Percetakan dan Solusi Media Terbaik – Radio (Best Corporate Branding by a Media Owner, Best Media Solution – Print, and Best Media Solution – Radio).

Spark Awards merupakan majlis yang memberi penghormatan kepada para pemilik media di Asia Tenggara berdasarkan kualiti kandungan siaran mereka, menggunakan solusi pelaksanaan yang inovatif, keberkesanan produk mereka serta kecemerlangan dalam kerjasama usaha berkumpulan. Majlis ini bakal mengumumkan penerima anugerah setiap kategori pada malam galanya yang bakal berlangsung pada 28 Ogos 2014 di Hotel Westin, Singapura.

Bella Awards Hosts - Daphne Iking, Hans Isaac, Elaine Daly, Vanessa Chong2

“ntv7 amat berbesar hati kerana menerima tiga pencalonan daripada sebuah majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf hasil kerja terbitan para pemilik media. Kami juga amat gembira apabila mengetahui rancangan anugerah Bella Awards 2013 yang julung kali kami terbitkan untuk merai, mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada golongan wanita yang banyak berbakti kepada masyarakat berjaya menerima beberapa pencalonan dari Spark Awards,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

“Walaupun pasukan kerja kami mempunyai pengalaman dalam menghasilkan dan menerbitkan pelbagai jenis rancangan, namun memperkenalkan dan melaksanakan rancangan anugerah berskala besar seperti Bella Awards bukan satu tugasan mudah. Seperti mana-mana anugerah baru, pasukan kami bermula dari kosong hingga berjaya menyiapkan rangka kerja, kandungan rancangan, mekanik yang diperlukan, penjenamaan, mendapatkan publisiti dan segala elemen penting yang diperlukan untuk menerbitkan anugerah yang mampu memberikan impak dan meninggalkan kesan kepada industri dan para penonton kami,” tambah Airin. “Semua ini tidak mungkin berhasil tanpa pasukan yang berdedikasi dan komited di belakang penerbitan anugerah ini.”

Para pengacara Bella Awards 2013 (dari kiri) – Daphne Iking, Hans Isaac, Elaine Daly dan Vanessa Chong

Bella Awards Winners (L-R) Fara Fauzana, Datuk Ir. Rosaline Ganendra, Gillian Hung, Debbie Goh, Dr. Premitha Damodaran, Low Ngai Yuen2

Spark Awards yang mempertandingkan sejumlah 26 kategori pastinya menjadi acara malam gilang-gemilang yang bakal meraikan hasil kerja cemerlang para pemilik syarikat media di Asia Tenggara termasuklah dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia selain merapatkan lagi ikatan para pemilik media yang mengambil bahagaian dalam anugerah ini.

Organisasi atau pemilik media yang mempunyai prestasi yang baik juga berpeluang membawa pulang gelaran “Best in Show”, selain 26 kategori yang bakal diberikan kepada penerima yang selayaknya di majlis itu.

Penjurian pula diterajui oleh 13 juri yang terdiri daripada individu terkenal dari pelbagai agensi media di Asia Tenggara dan berpengalaman dalam perniagaan perancangan media.

Ronan Keating merupakan artis antarabangsa yang membuat persembahan di Bella Awards 2013

ntv7 juga merupakan saluran yang tetap terus mendominasi penonton yang berbahasa Inggeris dan penonton berbangsa Cina. Di antara projek menarik yang pernah dilaksanakan ntv7 adalah larian amal Feel Good Run, Karnival Yuan serta acara Bella Bundle of Joy iaitu himpunan ibu-ibu hamil terbesar yang dicatatkan di dalam The Malaysia Book of Records. Saluran ntv7 ringkasnya mensasarkan penonton sasarannya sebagai Modern Urban Progressive Adults (MUPAs).

Tahun ini, saluran itu kembali menganjurkan anugerah yang diperkenalkan khas bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada karyawan di dalam industri TV hiburan Cina tempatan, Golden Awards 2014 yang bakal berlangsung pada 20 September 2014.

ntv7 juga telah menerima beberapa pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa seperti Putra Brand Awards, Asian Television Awards, Sichuan TV Festival “Gold Panda” Awards, Shanghai TV Festival, Asia Rainbow TV Awards, Anugerah Skrin and Shout! Awards. Malah Julai lalu merupakan ulang tahun ntv7 yang ke 16.

Maklumat lanjut mengenai Spark Awards boleh didapatkan di pautan www.marketing-interactive.com/spark-awards-sg/.

ntv7 juga boleh ditonton di Saluran 107. Rancangan kegemaran anda juga boleh dilihat semula di www.tonton.com.my serta ikuti perkembangan terbaru kami menerusi media sosial:
Facebook (Urban – ntv7 │Chinese – ntv7 中文)
Twitter (@ntv7)
Instagram (Urban @ntv7 │Chinese – @ntv7chinese)
Hashtag us at #ntv7 and follow our latest daily updates

Rossa & Joe Flizzow performing at Bella Awards

Bella Awards On-stage Winner - Dato' Siti Nurhaliza

Bella Awards 2013 Logo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Grand Brilliance Dominasi Pencalonan Filem Terbaik FFM26

Castrol Brings To Life The 2014 Fifa World Cup™