in

ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby

[dropcap]T[/dropcap]anggal 12 Mei lalu seluruh dunia mengalu-alukan kehadiran Hari Ibu bagi meraikan golongan insan istimewa ini. Pelbagai cara sambutan diadakan daripada memasak hidangan menarik sehinggalah menghadiahkan pemberian istimewa kepada golongan ibu tersayang. Namun pengorbanan seorang ibu bukan sahaja harus diingati pada hari-hari tertentu sahaja kerana mereka selayaknya diraikan setiap hari kerana pengorbanan mereka dalam melahirkan, membesarkan dan sentiasa mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak-anak. Lantas, ntv7 mengambil inisiatif mengadakan sebuah acara istimewa buat kaum wanita yang bakal bergelar ibu dan menimang cahaya mata yang dinamakan “Bella Bundle of Joy”.

[pullquote align=”right”]ntv7 anjur acara khas buat para ibu sempena kempen Will & Kate and The Royal Baby[/pullquote]

Acara ala ‘baby shower’ ini sebenarnya diilhamkan daripada rancangan temubual wanita popular stesen itu – Bella – bersempena kempen “Will & Kate and The Royal Baby” yang bakal diadakan pada 2 Jun, Ahad bertempat di Majestic Hotel dari pukul 2.00 petang sehingga 7.00 malam secara PERCUMA.

Objektif acara itu adalah memberikan para ibu maklumat berguna berkaitan bayi mereka yang bakal lahir dan sebagai persiapan buat diri mereka seorang ibu. Acara itu bakal menyediakan ruang buat para ibu untuk berkongsi kemusykilan mereka bersama pakar-pakar dalam bidang berkaitan yang diundang khas bagi membincangkan topik berkaitan serta nutrisi penting buat si ibu dan bayi mereka nanti. Acara ini juga menjemput para ibu dan keluarga mereka untuk turut serta kerana pelbagai gerai menarik untuk dikunjungi serta ini juga merupakan peluang buat si suami untuk lebih memahami keadaan isteri mereka.

Lebih menarik, acara ‘Bella Bundle of Joy’ merupakan percubaan terbesar dalam menghimpunkan wanita mengandung tanpa mengira berapakah usia kandungan mereka di mana percubaan ini juga akan direkodkan di dalam Malaysia Book of Records. Kesemua ibu mengandung digalakkan untuk memakai pakaian terbaik kerana sebuah pertandingan khas akan dianjurkan dalam peraduan ‘Fabulous Mom’ yang menawarkan hadiah menarik. Malah mereka juga berpeluang menemui beberapa selebriti yang hadir membuat penampilan khas.

Kepada para ibu mengandung yang berminat menyertainya boleh hadir ke acara tersebut secara terus (walk-in) atau anda juga digalakkan mendaftar menerusi borang ringkas yang boleh didapati di www.ntv7.com.my dan menghantar borang tersebut di emel; [email protected] atau hubungi talian 03-7726 8777 sambungan 7040/7009. Kepada mereka yang hadir awal ke acara tersebut akan diberikan cenderahati menarik dan eksklusif dari ntv7.

Saluran Ceria Anda, ntv7 sebelum ini pernah membawakan liputan menarik menarik mengenai pasangan Diraja Britain – Putera William dan Kate Middleton – menerusi inisiatif Will & Kate: The Royal Wedding, Will & Kate: The 1st Anniversary dan Will & Kate: The Malaysian Tour dan kini bersempena dengan bakal cahaya mata pertama pasangan itu, pelbagai usaha menarik bakal dibawakan ntv7 dalam memberi liputan ekslusif kepada para penontonnya mengenai pasangan ikon Diraja itu yang mempunyai pengaruh yang kuat di serata dunia.

Kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

“Ia adalah salah satu detik yang bersejarah yang amat membanggakan bagi kami di ntv7 ketika dapat menyiarkan perkahwinan Will & Kate pada tahun 2011, yang mana telah berjaya menarik lebih 2.3 juta penonton Malaysia menonton pada masa itu. Sejak itu kami cuba memberikan para penonton liputan khas dan eksklusif mengenai pasangan Diraja Britain menerusi beberapa inisiatif sebelum ini seperti Will & Kate: The Royal Wedding, Will & Kate: The 1st Anniversary dan Will & Kate: The Malaysian Tour. Melihat kepada respon baik para penonton, kini kami bakal membawakan sebuah lagi inisiatif yang dinamakan ‘Will & Kate and The Royal Baby’ sempena kelahiran cahaya mata mereka yang dijadualkan pada Julai nanti.”

Selain itu melihat kepada kejayaan rancangan temubual wanita kami, Bella yang semakin mendapat sambutan baik, kami cuba memberikan penghargaan kepada golongan hawa menerusi acara ‘Bella Bundle of Joy’ istimewa kepada wanita yang bakal bergelar ibu yang juga bertujuan memberi persiapan awal kepada mereka,” tambah Airin.

Untuk maklumat lanjut untuk menyertai acara ‘Bella Bundle of Joy’ layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di akaun Facebook dan Twitter.

WILL AND KATE AND THE ROYAL BABY FINAL LOGO

WILL-&-KATE-PRINTADS-(small)

Will & Kate (4)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1

Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk