in , ,

Nostalgia & Pengalaman Bas Mini Bersama Artis Terkenal dalam Program Memori Bas Mini

Bagi warga kota yang membesar sekitar tahun 1970-an hingga 1998 pasti sudah pasti mempunyai pengalaman masing-masing sama ada yang menarik mahu pun melucukan.

Kelebihan bas mini sememangnya cukup luar biasa pantas berbanding bas-bas lain. Keistimewaan tersebut sudah cukup membuktikan betapa bas kecil berwarna piawai merah jambu-putih itu gah sebagai ‘raja jalanan’. Namun, bas yang satu ketika dahulu menjadi identiti dan nadi pengangkutan awam di ibu negara, hanya tinggal kenangan. Kemajuan menelan segala memori zaman dahulu menggunakan perkhidmatan bas mini. 

Kata orang sekiranya ingin maju kena pandang ke depan bukan mengenang masa silam. Namun tiada salahnya sesekali menoleh ke belakang menggamit memori lama tersebut.  

Dato Awie antara tetamu program ini

Menariknya Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan pengalaman dan nostalgia eksklusif berkaitan bas mini milik artis terkenal tanah air terdiri daripada artis lama dan baharu dalam program terbaharu diberi tajuk “Memori Bas Mini”.

Program temu bual santai yang bakal mengimbau kembali nostalgia bas mini bersama artis popular ini disiarkan mulai 25 Oktober ini, setiap Ahad, pukul 8.00 malam di TV Okey.

Dalam setiap episod akan menampilkan dua tetamu dan dalam episod satu mengundang dan berkongsi cerita milik Rosyam Nor, dan Ogy Ahmad Daud. Seterusnya Datuk Awie, Datuk Yusof Haslam, dan Fredo Flybaits, Deja Moss, dan Azura Aziz, Ayu Damit, dan Jay-Jay, Pat (Candy), dan Salleh Yaacob, juga Jamian Lambit, dan Hasnol.

Rahmat dalam Memori Bas Mini

Saksikan juga perkongsian momen-momen manis dan pengalaman bersama penyanyi Reyhana, dan Rahmat Mega, Aris Ariwatan, dan Salma, Dato Hattan, dan Adam, Ezlynn, dan Bob Yusof, Firman Basir, dan Haleeda juga penyanyi Ahmad Fauzee, dan Erra Fazira.

Bersama-sama gandingan hos Adiel Abdul Ghafarr dan Zulin Azizi, saksikan 13 episod ini di TV Okey. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

artis yang bakal berkongsi pengalaman mereka dalam Memori Bas Mini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kesan Pandemik Covid-19, Ini Nasihat Datuk Jamal Abdillah Buat Penyanyi di Malaysia

Pakatan Rahim Razali, Sabri Yunus & Azman Hassan dalam Telefilem KELAB GENTLEMEN