in , ,

Noryn Aziz Hidupkan Semula Jazz Melayu Dengan ‘Kaki Kiriku’

Sebuah karya muzik yang merentas bahasa, budaya dan masa, menggabungkan jazz klasik, joget tradisional serta Parisian jazz dalam satu persembahan berani penuh identiti

Selepas beberapa tahun menyepi daripada meluncurkan karya baharu, Noryn Aziz akhirnya kembali dengan sebuah single yang bukan biasa-biasa. Tajuknya pun dah cukup unik — “Kaki Kiriku”. Kalau sekali dengar mungkin ada yang tergelak atau pelik, tapi sebaik sahaja melayan melodi dan liriknya, barulah terasa betapa kreatifnya eksperimen muzik kali ini.

Lebih istimewa, pelancaran lagu ini hadir seiring dengan pengumuman showcase “This Is Noryn Aziz”, yang bakal berlangsung 19 September 2025 di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur. Dua “hadiah jiwa” untuk peminat setia yang sentiasa menunggu sesuatu yang baharu daripada penyanyi jazz ikonik tanah air ini.

Noryn Aziz Hidupkan Semula Jazz Melayu Dengan 'Kaki Kiriku'

Jazz Joget Revival: Gabungan Klasik Dan Segar

Lagu “Kaki Kiriku” dihasilkan oleh Hin Ee Jeng dengan ciptaan bersama Reza Salleh, dan ia bukan sekadar hasil seni muzik. Noryn sendiri menyifatkannya sebagai misi kecil untuk mengangkat bahasa Melayu melalui irama.

Single ini bukan sekadar lagu, tetapi sebuah misi kecil untuk mengangkat keindahan Bahasa Melayu dan warisan budaya melalui muzik,” ujar Noryn.

Lagu ini memuatkan gabungan jazz klasikjoget tradisional dan Parisian jazz — campuran yang jarang sekali kita dengar di arus perdana. Rakaman pula melibatkan pemuzik hebat seperti KJ (drums)Che Wan (double bass)Hady Afro (gitar) dan Farid Izwan (clarinet). Adunan dilakukan oleh Rozhan Razman di RMP Productions, manakala vokal direkodkan oleh Yee Xing di Little Bad Music MY.

Dengan barisan nama sebegini, tak hairanlah “Kaki Kiriku” kedengaran matang, unik, dan sangat berbeza daripada trend muzik tempatan sekarang yang banyak tertumpu pada pop elektronik atau balada cinta.

Noryn Aziz Hidupkan Semula Jazz Melayu Dengan 'Kaki Kiriku'

Tongue Twister Melayu Jadi Senjata Catchy

Salah satu elemen paling menarik dalam lagu ini ialah tongue twister Melayu. Lirik seperti:

“Kakakku kata kuku kakiku kaku,
Ku kikis kikis kuku kaki kiriku…”

nampak mudah, tapi bila cuba ikut nyanyi, memang ramai yang tersasul lidah.

Menurut Noryn:
Ramai yang tersasul bila cuba lirik ni — dan memang itu yang saya mahu! Dalam Kaki Kiriku, permainan lidah ini bukan sekadar hiburan, tapi penghargaan kepada keindahan Bahasa Melayu. Saya mahu generasi baru tahu bahawa bahasa kita bukan beban, sebaliknya ia menyeronokkan, penuh jenaka dan ritma.

Inilah cara bijak untuk membuat lagu jadi viral. Catchy, fun, dan mudah dikongsikan di media sosial, terutama TikTok dan Instagram Reels. Tidak mustahil kalau nanti kita tengok ada challenge “Kaki Kiriku” yang trending.

Kebaya Jadi Simbol Warisan Dalam Muzik Video

Bukan sekadar muzik, Noryn juga meletakkan perhatian besar pada visual. Muzik video “Kaki Kiriku” diarahkan oleh Revo dengan konsep kreatif Patt Ibrahim, dan dirakam di Limapulo Terrace, Tong Shin.

Yang mencuri perhatian ialah penampilan Noryn dalam kebaya klasik rekaan Collaborate Store, Four Season & Calvin Thoo. Menurut beliau, kebaya bukan sekadar pakaian, tapi simbol keanggunan, kekuatan, dan identiti wanita Melayu. Ia melengkapkan tema lagu yang meraikan bahasa, budaya dan feminitinya.

Showcase Eksklusif “This Is Noryn Aziz”

Showcase “This Is Noryn Aziz” pada 19 September 2025 di Auditorium DBKL bukan konsert biasa. Ia dibahagikan kepada dua babak sinematik.

  • Babak pertama (Jazz & Soul): Menampilkan lagu-lagu daripada album lama seperti Fantasi Realiti dan Alam Maya, hinggalah ke karya terbaru seperti Syurga Sempurna dan pastinya Kaki Kiriku.
  • Babak kedua (R&B Celebration): Satu perayaan penuh groove dengan seleksi R&B kontemporari serta kolaborasi bersama artis jemputan.

This is Noryn Aziz bukan sekadar persembahan muzik. Ia adalah cerminan siapa saya — sebagai seorang penyanyi, wanita, dan anak Malaysia,” kata Noryn.

Beliau mahu menjadikan jazz lebih dekat dengan masyarakat, bukan sekadar genre eksklusif yang hanya didengar di lounge mewah atau festival luar negara. Showcase ini adalah usaha untuk membawa jazz kembali ke pangkuan rakyat Malaysia.

Noryn Aziz Hidupkan Semula Jazz Melayu Dengan 'Kaki Kiriku'

Tiket Terhad, Hanya 500 Tempat Duduk

Satu lagi yang membuat showcase ini “rare” ialah ia hanya menawarkan 500 tiket eksklusif. Bayangkan suasana intimate dengan kapasiti kecil — peminat bukan sahaja mendengar muzik, tetapi juga merasai perjalanan emosi Noryn secara dekat dan personal.

Dengan pengalaman luas di pentas tempatan dan antarabangsa, showcase ini bakal jadi malam bersejarah bukan sahaja untuk peminat, tetapi juga untuk industri muzik tempatan.

Informasi Lengkap Showcase

  • Artis: Noryn Aziz
  • Acara: This Is Noryn Aziz Showcase – A One Night Journey Of Timeless Music And Soulful Celebration
  • Lokasi: Auditorium DBKL, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
  • Tarikh: Jumaat, 19 September 2025
  • Masa: 8:00 malam (pintu dibuka 7:00 malam)
Noryn Aziz Hidupkan Semula Jazz Melayu Dengan 'Kaki Kiriku'

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, kemunculan “Kaki Kiriku” bukan sekadar comeback, tapi satu pernyataan berani. Ia menunjukkan bagaimana seorang artis veteran seperti Noryn Aziz masih mampu bereksperimen, menolak sempadan, dan membuktikan bahawa bahasa Melayu boleh dibawa ke pentas jazz antarabangsa dengan penuh gaya.

Dalam dunia muzik tempatan yang sering terperangkap dengan formula cinta klise, langkah Noryn ini ibarat satu nafas segar. Catchy tongue twistervisual kebaya yang ikonik, showcase intimate dengan hanya 500 penonton — semua ini menunjukkan beliau tahu apa yang peminat perlukan: bukan sekadar muzik, tapi pengalaman yang menyentuh hati.

Budiey yakin “Kaki Kiriku” berpotensi jadi fenomena budaya pop jika dipromosikan dengan betul. Bayangkan challenge tongue twister trending di TikTok, atau fesyen kebaya kembali jadi simbol empowering wanita moden.

Ringkasnya, ini bukan sekadar muzik. Ini revolusi kecil dalam dunia jazz Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem ‘The Conjuring Last Rites’ Tamatkan Kisah Seram Dengan Berani